Saturday 18 May 2013

Mahasen badai Myanmar, Bangladesh, 46 maut



Dua kanak-kanak Islam Rohingya menyediakan bahan untuk masakan di hadapan khemah mereka di kem penempatan sementara di kampung Mansi, pinggir Sittwe, semalam. Sri Lanka, Bangladesh dan Myanmar dilanda Taufan Mahesan semalam mengakibatkan 46 penduduk terkorban, termasuk 31 penduduk Rohingya. - AFP
CHITTAGONG, Bangladesh 17 Mei - Taufan Mahasen melanda Bangladesh dan Myanmar, semalam membawa angin pada kelajuan 100 kilometer sejam, namun ribut tropika itu dilaporkan semakin lemah.
Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh di dua negara itu dengan 15 kematian dicatatkan di Bangladesh dan 31 lagi di Myanmar, membabitkan penduduk Islam Rohingya setelah bot mereka karam, manakala mayat mereka terdampar di sepanjang pantai Bangladesh.
Menurut pihak berkuasa negara ini, kesemua 15 kematian itu dicatatkan berlaku di daerah Barisal, manakala 25 kanak-kanak serta enam wanita antara penduduk Islam Rohingya yang terkorban dalam bencana itu.
Ribuan rumah penduduk dilaporkan rosak teruk dan ribuan pokok pula tumbang di jalan raya, namun penduduk mula kembali ke rumah masing-masing ketika Mahasen kini menuju ke kawasan timur laut India.
"Sekurang-kurangnya 15,000 kediaman musnah di daerah Noakhali dan keadaan sama turut berlaku di daerah Laxmipur," kata pegawai kerajaan, Sirajul Islam.
Penduduk di kedua-dua negara itu, hari ini mula membersihkan kediaman masing-masing selepas keadaan reda.
Bantuan bekalan keperluan asas masih disalurkan kepada mangsa-mangsa benca sehingga keadaan pulih sepenuhnya.
Jabatan Meteorologi India pula memaklumkan bahawa Mahasen dijangka melanda beberapa negeri termasuk Assam, Manipur dan Nagaland.
Sehubungan itu, langkah berjaga-jaga diambil di beberapa kawasan tumpuan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130518/lu_03/Mahasen-badai-Myanmar-Bangladesh-46-maut#ixzz2TbnreYTa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment