Wednesday 1 May 2013

Keganasan agama tercetus lagi di Myanmar



YANGON 30 April - Pergolakan agama tercetus lagi di tengah Myanmar selepas sebuah masjid dan beberapa buah kedai diserang hari ini, memaksa polis melepaskan tembakan amaran bagi menyuraikan orang ramai yang berkumpul.
Jurucakap Presiden, Ye Htut berkata, pertempuran berlaku di sebuah bandar kecil di Oakkan, kira-kira 100 kilometer ke utara Yangon selepas seorang wanita secara tidak sengaja terlanggar seorang sami muda dan mengakibatkan mangkuk derma yang dipegangnya jatuh ke tanah.
Kejadian itu merupakan keganasan terbaharu yang berlaku di daerah di utara ibu negara ini selepas beberapa siri serangan oleh penganut Buddha yang membakar rumah-rumah dan kedai milik orang Islam serta Masjid pada Mac lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130430/lu_11/Keganasan-agama-tercetus-lagi-di-Myanmar#ixzz2S3YzDdQf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment