Sunday 5 May 2013

Dua ditahan sengketa agama



YANGON 4 Mei - Dua penganut Buddha ditangkap berhubung kejadian memusnahkan kedai-kedai milik penganut Islam di negeri Kachin, dalam insiden terbaharu melibatkan sengketa agama dan etnik di negara ini.
Seorang pegawai polis Kachin yang enggan namanya didedahkan berkata, pihaknya menangkap dua orang di tempat kejadian dan kini sedang menyoal siasat mereka berhubung serangan yang berlaku malam kelmarin.
"Kami akan mendakwa mereka jika terdapat bukti yang mencukupi,'' katanya kepada AFP.
Myanmar mengalami ketegangan agama sejak Mac lalu selepas sami dan penganut Buddha menyerang kawasan yang dihuni penganut Islam dan keganasan kini semakin tersebar ke ibu negara ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130505/lu_04/Dua-ditahan-sengketa-agama#ixzz2SN4OmsNB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment