Wednesday 22 May 2013

Obama gesa henti kekejaman etnik minoriti


 
Washington: Presiden Barack Obama menggesa Presiden Myanmar, Thein Sein kelmarin menghentikan keganasan ke atas minoriti Islam di negara itu, namun memuji pembaharuan ekonomi dan politik di negara bekas pemerintahan tentera yang muncul sebagai sekutu Amerika Syarikat di belakang China.

Ketika kunjungan pertama ke Rumah Putih dalam tempoh 47 tahun oleh pemimpin negara Asia Tenggara itu, Obama menggesa pengakhiran pembunuhan penduduk Islam Rohingya di negeri barat Rakhine.
Berazam selesai konflik etnik
Saya juga berkongsi kebimbangan mendalam dengan Presiden Sein berhubung keganasan masyarakat yang ditujukan kepada masyarakat Islam di dalam Myanmar," Barack Obama

Presiden reformis Myanmar Thein Sein berazam menyelesaikan konflik etnik dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

“Saya juga berkongsi kebimbangan mendalam dengan Presiden Sein berhubung keganasan masyarakat yang ditujukan kepada masyarakat Islam di dalam Myanmar.

“Kehilangan tempat tinggal penduduk, keganasan ditujukan langsung terhadap mereka perlu dihentikan,’ kata Obama.

Sekurang-kurangnya 192 orang maut tahun lalu dalam keganasan antara penduduk Buddha di Rakhine dan penduduk Islam Rohingya yang dinafikan kerakyatan oleh Myanmar.
Kebanyakan mangsa dan 140,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan itu beragama Islam. - REUTERS

No comments:

Post a Comment