Saturday 11 May 2013

Pengganas Rakhine dipenjara

Pengganas Rakhine dipenjaraDua lelaki Islam ini terpaksa melarikan diri selepas kediaman mereka dibakar oleh penyerang dalam satu kejadian tahun lalu di Rakhine.
YANGON - Seramai 10 lelaki dari Rakhine, Myanmar dijatuhi hukuman penjara antara sembilan bulan dan tiga tahun, semalam, selepas didapati bersalah melibatkan diri dalam keganasan etnik di bandar Kyauk Taw pada tahun lalu.

Dipetik BangkokPost, Hakim Mahkamah Myanmar memutuskan kesemua lelaki Buddha yang ditahan sejak Jun lalu itu turut diarah melakukan kerja berat berikutan kesalahan memusnahkan kediaman di perkampungan Islam Rohingya.

Kyauk Taw merupakan salah satu bandar dilanda gelombang keganasan etnik antara penganut Buddha dan Islam menyebabkan hampir 200 orang terbunuh dan lebih 100,000 penduduk kehilangan tempat tinggal sepanjang Jun hingga Oktober lalu.

Lapor media tempatan, kira-kira 1,000 orang yang ditahan kerana terlibat dengan pergolakan etnik telah dibebaskan namun perlu dibicarakan.

No comments:

Post a Comment