Saturday 4 May 2013

Dua ditahan kerana cuba mengebom Kedutaan Myanmar di Indonesia



04/05/2013 12:56am

JAKARTA - Dua warga Indonesia ditahan kerana didakwa menjadi dalang dalam cubaan mengebom Kedutaan Myanmar di Jakarta, kata beberapa pegawai semalam.
Ia merupakan tindakan bagi membalas dendam terhadap kekejaman yang berlaku ke atas penduduk Islam di Myanmar.
Kira-kira 1,000 ahli Barisan Pertahanan Islam berkumpul di Kedutaan Myanmar di sini membantah keganasan yang berlaku di negara tersebut.
Mereka turut membakar bendera Myanmar sambil melaungkan untuk membakar kedutaan itu dan menuntut untuk bercakap dengan pegawai kedutaan.
Beratus-ratus polis dikerah bagi menjaga keselamatan kedutaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2SHTG4qoN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment