Sunday 26 May 2013

Orang Islam Rakhine dibenarkan hanya dua anak



SEORANG wanita pelarian Rohingya memegang seorang bayi di sebuah sekolah tempat mereka berlindung di bandar Sittwe, barat laut Rakhine. Penganut Islam di negeri Rakhine hanya dibenarkan mempunyai dua orang anak selepas ini.- Agensi


YANGON, Myanmar - Pihak berkuasa di negeri Rakhine telah memperkenalkan polisi yang menghadkan keluarga penganut Islam mempunyai hanya dua orang anak.
Langkah itu diambil bagi melegakan ketegangan dengan penganut Buddha selepas siri keganasan antara agama tercetus di negara ini.
Seorang pegawai tempatan semalam memberitahu, polisi itu akan dikuatkuasakan di dua buah bandar di Rakhine yang terletak berdekatan dengan sempadan Bangladesh.
Keganasan agama yang pertama berlaku hampir setahun lalu di Rakhine apabila sekumpulan samseng beragama Buddha bersenjatakan parang menyerang beribu-ribu buah rumah, mengakibatkan beratus-ratus orang maut, selain memaksa lebih 125,000 orang meninggalkan rumah masing-masing. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ULtBmwYT 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment