Portal berita Channel News Asia melaporkan, nasib etnik itu berubah selepas sengketa agama tercetus di Myanmar pada 2012, memaksa kumpulan tersebut berlindung di kem-kem pelarian yang turut menempatkan 7,000 etnik Rohingya di Kampung Sin Tat Mon, di sini.
Etnik Kaman merupakan satu daripada tujuh kumpulan etnik yang diiktiraf kerajaan Myanmar berdasarkan hubungan sejarah serta kebudayaan yang kuat dengan negara ini.
Seorang pemimpin masyarakat Kaman, Kyaw Hia, yang sebelum ini pernah bertanding sebagai calon pilihan raya untuk parti pemerintah, Parti Kesatuan Pembangunan dan Solidariti (USDP), kini menuntut kembali hak mereka.
“Kami dibenarkan mengundi pada 1974, 1990 serta 2010.
“Kem lain mempunyai senarai pengundi masing-masing, tetapi di sini tiada senarai tersebut. Kami te­lah menghantar surat kepada Pre­siden, Thein Sein tetapi masih menunggu maklum balasnya,” katanya.
Jelas Kyaw Hia, sama seperti etnik Rohingya, pergerakan mereka di kem tersebut juga terbatas.
Katanya, masyarakat Kaman tidak mengharapkan apa-apa daripada pilihan raya tersebut yang akan diadakan pada 8 November ini.