Monday, 2 November 2015

Masa depan Rohingya masih samar


Rohingya

2 NOVEMBER 2015
 Rohingya Penduduk Rohingya terpaksa mengambil bekalan air bersih daripada telaga yang disediakan di kem mereka di pinggir Sittwe.

SITTWE - MYANMAR. Pilihan raya bersejarah di Myanmar pada 8 November ini dijangka tidak akan membawa perubahan kepada beberapa kumpulan etnik minoriti terutamanya Rohingya.

Ketika ini, sebanyak 10 kem pelarian disediakan untuk kira-kira 140,000 penduduk Islam Rohingya di pinggir Sittwe, namun mereka masih tidak diberikan hak mengundi selain akses penjagaan kesihatan, pendidikan dan peluang pekerjaan yang sepatutnya.

Penindasan berterusan menyebabkan ribuan etnik Rohingya menggadai nyawa menyeberangi lautan untuk mendapatkan perlindungan di selatan Thailand dan Malaysia.

Timbalan Pengarah Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia, Phil Robertson berkata, tindakan kerajaan menghalang etnik Rohingya daripada menjalankan tanggungjawab untuk mengundi jelas menunjukkan mereka tidak diterima di Myanmar.

"Ia semakin menyukarkan usaha penduduk minoriti tersebut untuk mendapatkan hak kewarganegaraan," jelasnya lagi. - CNA

No comments:

Post a Comment