Friday 11 July 2014

Rohingya dilarang berkahwin


DHAKA 10 Julai - Bangladesh hari ini melarang perkahwinan rasmi antara rakyatnya dengan pelarian etnik Islam Rohingya dari Myanmar yang didakwa cuba mendapatkan status kerakyatan negara ini.
Menteri Undang-Undang, Syed Anisul Haque berkata, beliau telah mengarahkan pendaftar perkahwinan supaya tidak megesahkan perkahwinan antara rakyat Bangladesh dan penduduk Rohingya serta perkahwinan antara pasangan etnik minoriti itu di negara ini.
Menurutnya, etnik Rohingya cuba mendapatkan sijil perkahwinan bagi membolehkan mereka mendapatkan pasport Bangladesh dan dokumen rasmi lain, manakala perkahwinan penduduk etnik itu dengan rakyatnya membolehkan mereka mendapatkan kerakyatan Bangladesh.
Jurucakap Kementerian Undang-Undang Bangladesh, Abdullah Al Shahin berkata, pendaftar perkahwinan telah diberi amaran tentang hukuman yang bakal dihadapi sekiranya mereka meluluskan perkahwinan penduduk Rohingya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140711/lu_08/Rohingya-dilarang-berkahwin#ixzz376l4YfBM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment