Saturday 5 July 2014

Lima Muslim ditahan


Mandalay: Polis Myanmar berkata, lima individu ditangkap selepas keganasan agama berlaku di wilayah Mandalay yang menyebabkan dua maut - masing-masing seorang penganut Buddha dan Islam.

Seorang pegawai polis tempatan mengesahkan penangkapan berkenaan namun enggan memberikan butiran lanjut.

Sementara itu seorang imam berkata, lima tahanan itu ditangkap semalam selepas polis menggeledah rumah mereka.

“Pihak berkuasa juga merampas sejumlah pisau,” katanya.

Imam itu berkata, semua tahanan adalah Muslim.



Keganasan antara agama tercetus di Mandalay - bandar kedua terbesar di Myanmar - pada Selasa lalu selepas seorang lelaki Muslim dituduh merogol seorang wanita Buddha.

Pihak berkuasa kemudian mengenakan perintah berkurung bagi mengawal keadaan.

Kerajaan separa tentera pimpinan Presiden Thein Sein dilaporkan cuba mengekang keganasan antara agama yang setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 240 orang sejak Jun 2012.


Kebanyakan mangsa terdiri daripada Muslim Myanmar yang menjadi minoriti di negara berkenaan.


Imam itu berkata, polis sebenarnya tahu pisau berkenaan digunakan untuk upacara tertentu saja.- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

No comments:

Post a Comment