Tuesday 15 July 2014

Kerajaan junta Thai hantar pulang 100,000 pelarian


BANGKOK 15 Julai - Kerajaan junta Thailand akan menghantar pulang 100,000 pelarian yang telah menduduki kem pelarian selama lebih dua dekad di sepanjang sempadan Myanmar, satu tindakan yang dilihat akan mencetuskan konflik antara dua negara berkenaan.
"Kami tidak akan mengusir mereka keluar kerana kami perlu mengesahkan status kewarganegaraan mereka yang tinggal dalam kem tersebut.
"Selepas itu, kami akan mencari jalan untuk menghantar mereka pulang. Terdapat 100,000 pelarian yang tinggal di kem tahanan itu dalam tempoh yang lama tanpa diberi kebebasan. Thailand dan Myanmar akan membantu melicinkan kepulangan mereka," kata jurucakap timbalan tentera, Veerachon Sukhontapatipak.
Bulan lalu, kerajaan tentera Thailand mengancam untuk menahan dan menghantar pulang pendatang tanpa izin yang menyebabkan seramai 200,000 warga Kemboja pulang ke negara mereka. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_02/Kerajaan-junta-Thai-hantar-pulang-100000-pelarian#ixzz37UAEXZ4C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment