Sunday 6 July 2014

Perintah berkurung di Mandalay

Keadaan kembali terkawal selepas keganasan etnik tercetus di Mandalay sejak Selasa lalu.
Keadaan kembali terkawal selepas keganasan etnik tercetus di Mandalay sejak Selasa lalu.
YANGON - BURMA. Pihak berkuasa menguatkuasakan perintah berkurung di Mandalay, kelmarin selepas insiden keganasan etnik tercetus di bandar bersejarah tersebut, Selasa lalu.

Pegawai kanan polis, Zaw Min Oo memaklumkan tempoh perintah berkurung itu akan berkuatkuasa dari jam 9 malam hingga 5 pagi.

"Ia adalah sebagai langkah keselamatan kerana kami tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk.

"Kami juga sedang melakukan siasatan terhadap kejadian itu dan mana-mana individu yang terlibat dalam insiden itu akan dikenakan tindakan tegas," katanya.

Media tempatan melaporkan kepada AFP, dua terkorban manakala 14 lagi cedera dalam pertempuran antara pelampau Buddha dan penduduk Islam di bandar kedua terbesar di Myanmar itu.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan peluru getah selepas rusuhan tersebut bertukar ganas," jelas satu laporan.

Difahamkan, kekacauan di bandar itu tercetus selepas khabar angin yang mendakwa kononnya seorang wanita Buddha dirogol tersebar di internet.

Susulan daripada itu, lebih 100 pelampau Buddha bersenjatakan pisau dan kayu bertindak melancarkan serangan beramai-ramai serta turut merosakkan harta benda milik penduduk Islam di bandar terbabit.

No comments:

Post a Comment