Monday 14 July 2014

130,000 pelarian Rohingya akan dihantar pulang

Sebahagian daripada pelarian Rohingya yang ditempatkan di pusat tahanan imigresen di wilayah Kanchanaburi, Thailand.
Sebahagian daripada pelarian Rohingya yang ditempatkan di pusat tahanan imigresen di wilayah Kanchanaburi, Thailand.
BANGKOK -THAILAND. Kerajaan Thailand dan Myanmar bersetuju untuk memudahkan perjalanan pulang kira-kira 130,000 etnik Rohingya ke tanah air mereka.

Ketua Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO), Jeneral Prayuth Chan-ocha memaklumkan isu berkaitan kumpulan pelarian tersebut telah dibincangkan bersama rakan sejawatnya, Jeneral Min Aung Hlaing di Bangkok, minggu lalu.

"Ratusan ribu pelarian Rohingya terbabit kini ditempatkan di sembilan pusat penempatan sementara di Thailand dan Myanmar. Sekatan yang dikenakan ke atas mereka telah mencetuskan pelbagai masalah secara berterusan," katanya dipetik Press TV

Menurutnya lagi, mereka akan memastikan keselamatan kesemua pelarian terbabit sepanjang proses penghantaran pulang tersebut.

No comments:

Post a Comment