Friday 4 July 2014

2 maut dalam keganasan Islam-Buddha di Mandalay


2014/07/04 - 23:55:58
Yangon: Dua penduduk terbunuh dalam keganasan membabitkan penduduk Islam-Buddha di bandar raya kedua terbesar di Myanmar, Mandalay, kata polis semalam.

Polis melepaskan tembakan peluru getah ketika kejadian malam kelmarin untuk menyuraikan perusuh yang sebilangan mereka bersenjatakan kayu dan pisau yang berarak di jalanan dan menyerang sebuah kedai kopi penduduk Islam selepas satu dakwaan merogol, kata pihak berkuasa.

Myanmar digegarkan dengan beberapa gelombang konflik perkauman sejak beberapa tahun lalu.

250 terbunuh

Sekurang-kurangnya 250 orang terbunuh dan berpuluh ribu hilang tempat tinggal sejak keganasan pada 2012 yang sebahagian besarnya mensasarkan penduduk Islam.

Kumpulan sami radikal didakwa mencetuskan ketegangan agama dengan memberikan amaran yang berbaur ancaman bahawa Buddha kini menerima ancaman daripada Islam. 

No comments:

Post a Comment