Sunday 6 July 2014

Orang Islam diancam bunuh

Ratusan pelampau Buddha yang menaiki motosikal dan bersenjata mengancam membunuh orang Islam di Mandalay. Foto: ReutersYANGON - MYANMAR. Ratusan pelampau Buddha dilihat sengaja mahu meningkatkan ketegangan etnik di Mandalay walaupun perintah berkurung masih dikuatkuasakan di bandar itu.

Kira-kira 300 ekstremis bersenjatakan pisau dan kayu mengancam membunuh orang Islam sehari selepas seorang penduduk dipukul hingga mati ketika dalam perjalanan ke masjid.

Rabu lalu, dua maut manakala 19 lagi cedera selepas rusuhan ganas tercetus di bandar kedua terbesar di Myanmar tersebut.

Susulan daripada itu, Presiden Myanmar, Thein Sein memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang sengaja mahu mencetuskan keganasan di negara terbabit.

"Saya menggesa semua rakyat supaya tidak melakukan provokasi jika tidak mahu dikenakan hukuman berat," tegasnya.

Pada 2012, kira-kira 240 penduduk Islam Rohingya dibunuh dan seramai 140,000 menjadi pelarian akibat insiden keganasan etnik yang didalangi pelampau Buddha di Rakhine.

Difahamkan, menurut laporan Press TV, kegagalan kerajaan Myanmar untuk mencari jalan penyelesaian bagi melindungi keselamatan etnik minoriti Islam hingga kini turut dikritik kumpulan hak asasi manusia dan masyarakat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment