Thursday 6 June 2013

Tiga wanita Rohingya ditembak mati di Rakhine


Yangon: Beberapa penduduk kampung wanita etnik minoriti Rohingya Myanmar ditembak mati dalam satu pergaduhan dengan pegawai keselamatan, kata polis dan aktivis semalam.

Seorang pegawai polis di bandar Mrauk-U di barat negeri Rakhine berkata semalam bahawa tiga wanita mati di kampung Parein di mana mereka adalah sebahagian daripada orang ramai yang menentang usaha untuk penempatan semula kawasan perumahan mereka berikutan rumah asal dibakar penduduk Buddha dalam satu pergaduhan etnik tahun lalu.
Pegawai dari Cawangan Khas polis politik yang enggan mendedahkan identiti berkata dua lelaki dan dua wanita cedera dalam insiden terbabit.

Satu laman web berita Rohingya, Rohingya Blogger berkata empat wanita ditembak mati dan lima penduduk kampung lain cedera dalam pergaduhan kelmarin, yang tercetus apabila pekerja dari bandar lain datang untuk membawa kayu bagi membina bangunan baru.

Penduduk kampung Parein kemudian menghalang usaha itu, dan mula bergaduh dengan polis yang kemudian bertindak melepaskan tembakan ke arah mereka.

Pegawai polis terbabit berkata beberapa penduduk Rohingya membawa pisau, kayu dan lastik.

Beberapa ratus penduduk terbunuh dan kira-kira 140,000 meninggalkan rumah masing-masing di Rakhine tahun lalu dalam dua gelombang keganasan perkauman yang mensasarkan masyarakat penduduk Islam Rohingya.
Berikutan konflik masih lagi berterusan ketika itu, keganasan merebak tahun ini ke tengah dan timur laut Myanmar, dengan penduduk Islam sekali lagi menjadi sasaran berikutan berpuluh mereka terbunuh.

Keganasan mengancam perubahan ekonomi dan politik oleh Presiden Thein Sein, yang berkuasa sebagai ketua eksekutif yang dilantik pada 2011 selepas hampir lima dekad negara itu di bawah pemerintahan tentera. - AP

No comments:

Post a Comment