Saturday 8 June 2013

Lagi penindasan Myanmar

Lagi penindasan Myanmar
Polis Myanmar bertindak menembak mati wanita Rohingya sewaktu operasi pemindahan mereka di selatan Rakhine.
RAKHINE - Sekurang-kurangnya tiga wanita Islam Rohingya dibunuh dan lebih 10 orang cedera selepas sepasukan polis Myanmar melepaskan tembakan susulan pergelutan di selatan Rakhine, kelmarin.

Pegawai mendakwa, mangsa ditembak selepas pihak polis gagal meredakan kekecohan yang timbul sewaktu operasi memindahkan semula mereka ke penempatan baru.

Bagaimanapun, saksi dan aktivis memberitahu, salah seorang mangsa sedang mengandung dan enggan keluar dari kediaman sementaranya di kampung Parein.

"Mangsa menetap di situ sejak rumah asal mereka dimusnahkan ketika tercetusnya konflik etnik pada tahun lalu," kata aktivis.

Tahun lalu, negeri Rakhine dibadai gelombang keganasan terhadap masyarakat Islam menyebabkan lebih 200 orang terkorban menurut laporan PressTV.

Susulan keganasan itu, beberapa pertubuhan antarabangsa dan hak asasi kemanusiaan mendakwa kerajaan Myanmar sebagai tidak bertanggungjawab.

Kira-kira lima peratus masyarakat Islam Rohingya yang menetap di Myanmar dilaporkan ditindas, dianiaya serta kewarganegaraan mereka diabai sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1948.

No comments:

Post a Comment