Thursday 6 June 2013

Myanmar bakal bebas tahanan politik

Myanmar bakal bebas tahanan politik
Aktivis mendakwa pengampunan terhadap tahanan politik Myanmar adalah propaganda kerajaan mendapatkan sokongan politik negara luar.
YANGON - Presiden Myanmar, Thein Sein mengumumkan kerajaannya bakal membebaskan semua tahanan politik sebagai salah satu usaha perdamaian dengan semua pihak, kelmarin.

"Terlebih dahulu kerajaan akan menyiasat beberapa kes membabitkan jenayah politik mengelirukan dan suspek yang disabit melakukan keganasan politik akan tetap dihukum," katanya dipetik dari PressTV sewaktu temu bual bersama radio tempatan.

Menurutnya, kesemua tahanan politik yang layak akan dibebaskan dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun, ramai aktivis tempatan mendakwa pengampunan kerajaan Myanmar adalah propaganda untuk mendapatkan sokongan lebih daripada pihak antarabangsa.

Kempen Amerika Syarikat untuk Myanmar pula, menyarankan Washington agar tidak melanjutkan hubungan perdagangan dengan Myanmar dengan alasan negara itu masih tidak selamat untuk rakyat termasuk kumpulan minoriti Rohingya yang ditindas.

"Myanmar masih tidak selamat untuk diduduki rakyat termasuk hak masyarakat Islam Rohingya untuk diperakui sebagai warganegara oleh kerajaan," kata CEO Kempen, Jennifer Quigley.

Sebelum itu, ratusan tahanan politik telah dibebaskan sejak Thein Sein memerintah Myanmar pada Mac 2011. 

No comments:

Post a Comment