Tuesday 4 June 2013

Peraturan dua anak dikaji


Yangon: Myanmar akan mengkaji sekali lagi larangan terhadap penduduk Islam Rohingya tidak boleh memiliki lebih dua anak selepas negara itu dikritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi.

Pihak berkuasa di negeri Rakhine di barat negara itu berkata bulan lalu, mereka mengumumkan semula peraturanitu yang mula diperkenalkan ketika pemerintah junta tentera di dua bandar negeri berkenaan.
Gesa larangan ditamatkan

Kerajaan pusat tidak umum dasar itu. Kami akan kaji sekali lagi. Bilangan penduduk di kawasan itu lebih tinggi berbanding kawasan lain. Jadi, berlaku masalah sosial dan ekonomi di kalangan keluarga, kata jurucakap presiden, Ye Htut.

Beliau berkata, kerajaan merancang melaksanakan dasar kependudukan pada masa depan yang turut mengambil kira piawaian antarabangsa.

PBB menggesa larangan itu ditamatkan kerana ia disifatkan satu bentuk diskriminasi dan melanggar hak asasi manusia.

Pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi, yang dituduh aktivis gagal bersuara bagi pihak kumpulan minoriti Rohingya, bulan lalu mengkritik dasar itu sebagai bertentangan dengan hak asasi.
AFP

No comments:

Post a Comment