Saturday 1 June 2013

Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara

Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara. - Foto EPA
Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara. - Foto EPA
YANGON - Lebih 1,000 orang Islam Myanmar terpaksa mencari perlindungan di sebuah biara atau kuil Buddha yang dijaga oleh tentera di Lashio, dekat sini, semalam.

Pihak tentera sendiri membawa mereka bagi memastikan keselamatan terjamin dari terus menjadi mangsa keganasan kaum di antara penganut Buddha dan Islam yang semakin meruncing di wilayah itu.

Sami Buddha juga memberi makanan kepada pelarian yang baru tiba dan mereka bersama-sama berkumpul dalam biara itu.

Dalam laporan terbaru, beberapa lelaki Buddha masih kelihatan di wilayah bergolak namun tiada keganasan tercetus.

Beberapa bank dan kedai juga turut dibuka seperti biasa.

Konflik antara kaum itu dilihat merebak sehingga ke Lashio minggu ini dan memaksa penduduk Islam terpaksa melarikan diri dari wilayah itu bagi memastikan keselamatn diri dan keluarga mereka terjamin.

Presidennya, Thein Sein turut dikritik oleh masyarakat dunia kerana gagal membendung keganasan yang semakin meruncing.

No comments:

Post a Comment