ADILA SHARINNI WAHID
31 OKTOBER 2016
Kesemua mangsa lelaki berusia 22 hingga 31 tahun itu dibunuh bermotifkan dendam berkaitan krisis agama di negara asal mereka membabitkan penganut Islam dan Buddha.
Menurut saksi, kesemua buruh binaan itu dilarikan dari hostel mereka di Tunjung oleh sekumpulan sembilan lelaki bertopeng dan bersenjata pisau pada jam 11 pagi, Selasa lalu.
Jam 6 petang semalam, seorang penduduk menemui empat mayat bergelimpangan dalam kawasan semak terbabit.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin kepala dibungkus plastik sebelum kena tikam]
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abd Rahman Ismail berkata, kepala mangsa ditekup dengan plastik dan ditikam pada dada serta perut.
"Setiap mayat ada kesan tikaman, ada yang menpunyai satu kesan tikaman dan ada yang ada dua kesan.
"Juga terdapat kesan calar pada peha dan lengan dipercayai kesan pergelutan dan pergaduhan," katanya.
No comments:
Post a Comment