Thursday 25 August 2016

Askar, penduduk bersihkan Bagan susulan gempa

KHAMIS, 25 OGOS 2016 @ 10:41 PM

 Anggota tentera Myanmar menyapu bersih Kuil Htilominlo purba selepas gempa bumi 6.8 magnitud melanda Bagan. - Foto AFP

BAGAN: Menggunakan penyapu dan tangan, anggota tentera dan penduduk bandar lama di Myanmar, terkenal dengan kuil Buddha bersejarah, mula membersihkan runtuhan hari ini akibat gempa bumi yang menggegarkan rantau itu semalam selain merosakkan hampir 200 berhala.

 Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan sekurang-kurangnya 171 berhala rosak di sini selepas gempa bumi 6.8 magnitud menggegarkan kawasan itu semalam. Gempa itu berpusat 25 kilometer di barat Chauk. Bandar itu adalah satu daripada tarikan utama pelancong di Myanmar, menarik pelawat dari seluruh dunia yang boleh menyaksikan panorama kuil di ufuk yang dikelilingi Sungai Irrawaddy. Maria Gomez, seorang pelancong Portugis, berkata beliau sedang berjalan ke arah sungai untuk menyaksikan matahari terbenam apabila

"kami merasakan bumi bergerak. Semua orang takut dan menjerit." "Hanya selepas 30 saat barulah kami sedar apa yang berlaku," katanya. Presiden Myanmar, Htin Kyaw, tiba di sini hari ini bagi menilai kerosakan dan bercakap dengan pegawai tempatan bagaimana membaikinya.

Bandar ini memiliki lebih 2,200 struktur, termasuk berhala dan kuil, dibina pada kurun ke-10 dan 14. Kebanyakannya rosak sementara yang lain dipulihkan sejak beberapa tahun lalu, dibantu agensi budaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNESCO. - AP

 Pandangan umum menunjukkan kerosakan di kuil Sulamani di Bagan, barat daya Mandalay, Myanmar, sehari selepas gempa bumi yang kuat melanda kawasan tersebut. - Foto EPA  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/186734

No comments:

Post a Comment