Wednesday, 24 August 2016

Myanmar pula dilanda gempa bumi




Pusat gembar menurut USGS

Reuters
Yangon: Gempa bumi dengan magnitud 6.8 melanda tengah Myanmar yang menggegarkan bangunan di seluruh negara itu malah gegaran boleh dirasai sehingga Bangkok dan Bangladesh selama beberapa saat.

Pusat Ukuran Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan gempa itu berlaku pada 4:04 petang (6.34 petang waktu Malaysia) di 143 kilometer barat Meiktila pada kedalaman 84 kilometer.

Setakat ini belum ada laporan kerosakan dan kecederaan.

Menurut saksi penghuni dalam bangunan di bandar raya ini dan beberapa bandar lain dapat merasai gegaran kuat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 7:20 PM

No comments:

Post a Comment