23 Januari 2016 12:31 AM
Yangon 22 Jan. – Myanmar mengampunkan 102 banduan termasuk seorang warganegara New Zealand dan 34 banduan dipenjara atas kesalahan politik beberapa hari sebelum peralihan politik bersejarah yang menyaksikan parti Aung San Suu Kyi mengetuai pemerintahan negara.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/myanmar-ampunkan-102-banduan-1.182388#sthash.hjrYB8cE.dpuf
Jurucakap Presiden, Zaw Htay menerusi akaun Facebook rasminya mengumumkan perkara berkenaan.
“Keseluruhannya, sebanyak 102 banduan dibebaskan termasuk seorang warganegara asing dari New Zealand,” demikian menurut beliau.
Tambahnya, pengampunan kerajaan itu ditandatangani ketika satu persidangan damai diadakan di barat laut negara ini anjuran sami terkenal, Sitagu Sayadaw.
Sebelum pengampunan, sebanyak 129 banduan disabit kesalahan berkaitan politik, dipenjara di Myanmar, manakala 408 yang lain menunggu perbicaraan.
Kira-kira 60 yang menanti untuk dibicarakan adalah pelajar yang dipenjara kerana terbabit dalam protes pendidikan Mac tahun lalu. – AFP
No comments:
Post a Comment