Saturday 23 January 2016

Myanmar bebas tahanan politik


23 JANUARI 2016

YANGON - MYANMAR . Kerajaan Myanmar, semalam membebaskan 101 banduan termasuk 25 tahanan politik beberapa hari sebelum pemimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi membentuk kerajaan baharu susulan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum, November lalu.
Pembebasan tahanan di bawah pentadbiran Presiden Thein Sein itu dibuat selepas berdepan gesaan Penolong Setiausaha Negara AS, Antony Blinken yang berkunjung ke negara itu, Isnin lalu.
Kementerian Dalam Negeri turut mengesahkan kesemua tahanan tersebut akan dibebaskan dari beberapa penjara di seluruh negara.
Difahamkan, lebih 2,000 wartawan, aktivis dan ahli politik dipenjarakan di bawah pemerintahan junta tentera selama beberapa dekad.
Bagaimanapun, ratusan telah dibebaskan selepas Thein Sein mengambil alih kerajaan pada 2011. - AF
P

No comments:

Post a Comment