Saturday 21 December 2013

Dakwa seludup Rohingya, portal disaman


BANGKOK 20 Dis. - Tentera Laut Thailand kelmarin memfailkan saman ke atas sebuah portal berita Thailand yang menyiarkan berita mendakwa penglibatan tentera negara ini dalam penyeludupan pencari suaka politik etnik Rohingya dari Myanmar.
Pengarang portal berbahasa Inggeris, Phuketwan pada Julai lalu menyiarkan berita yang dipetik daripada laporan agensi berita Reuters yang mendakwa pembabitan tentera Thailand dalam penyeludupan etnik Rohingya yang ditangkap di negara ini.
Pengarang Phuketwan, Alan Morison berkata, beliau diminta menghadirkan diri bersama seorang lagi wartawan tempatan ke sebuah balai polis di Phuket bagi membuat pengesahan rasmi terhadap pertuduhan itu.
Saman itu difailkan oleh seorang kapten yang mewakili pertuduhan pihak Tentera Laut Thailand bahawa portal tersebut menyalahi Akta Jenayah Komputer 2007 yang melarang pengedaran bahan yang dianggap menggugat keselamatan negara atau yang menimbulkan keadaan panik. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131221/lu_07/Dakwa-seludup-Rohingya-portal-disaman#ixzz2o5LLRamm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment