Jurucakap Presiden, Zaw Htay menerusi akaun Facebook ras­m­i­nya mengumumkan perkara ber­kenaan.
“Keseluruhannya, sebanyak 102 banduan dibebaskan termasuk seorang warganegara asing dari New Zealand,” demikian menurut beliau.
Tambahnya, pengampunan ke­rajaan itu ditandatangani ketika satu persidangan damai diadakan di barat laut negara ini anjuran sami terkenal, Sitagu Sayadaw.
Sebelum pengampunan, sebanyak 129 banduan disabit kesalahan berkaitan politik, dipenjara di Myanmar, manakala 408 yang lain menunggu perbicaraan.
Kira-kira 60 yang menanti untuk dibicarakan adalah pelajar yang dipenjara kerana terbabit dalam protes pendidikan Mac tahun lalu. – AFP