Monday 30 March 2015

Rohingya diminta serah kad putih

Kerajaan Myanmar bertindak merampas kad pengenalan sementara atau
Kerajaan Myanmar bertindak merampas kad pengenalan sementara atau kad putih daripada penduduk Islam Rohingya di Kiladong, selatan Maungdaw sebelum tarikh yang ditetapkan. AGENSI
NAYPYIDAW 29 Mac – Kerajaan Myanmar baru-baru ini bertindak memungut kad pengenalan sementara atau kad putih daripada penduduk Islam etnik Rohingya di Kiladong, selatan Maungdaw sebelum tarikh yang ditetapkan, sekali gus mengundang tanda tanya tentang nasib yang bakal menimpa etnik minoriti itu.
Laman web Burma Times melaporkan, penduduk Islam Rohingya yang menyerahkan kad putih berkenaan tidak menerima sebarang bentuk bayaran atau dokumen sebagai alternatif jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.
Tindakan tersebut nyata mengundang rasa takut dalam kalangan penduduk terbabit kerana bimbang kerajaan cuba menghapuskan bukti yang menyatakan mereka merupakan rakyat negara ini.
Seorang kakitangan kerajaan, Shaer Mohammed berkata, penduduk yang enggan menyerahkan kad putih tidak layak untuk menerima kad pengenalan penuh atau kad hijau, selain akan diusir dari negara ini.
Sumber berkata, operasi memungut kad putih itu diketuai Sultan yang juga merupakan wakil utama kerajaan di wilayah berkenaan.
Usaha pengumpulan kad putih dilaksanakan di Kiladong terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke tempat-tempat lain di wilayah Arakan kerana kawasan berkenaan merupakan ‘kawasan merah’ yang sering dilanda masalah.
Pihak berkuasa menyusun gerakan memungut kad putih di kawasan yang paling bergolak kerana bimbang etnik Rohingya enggan menyerahkan kad berkenaan jika mereka mengetahui agenda yang telah disusun.
Sumber berkata, penduduk Rohingya yang datang dari kawasan yang bermasalah sahaja tidak akan menerima sebarang bentuk bayaran atau dokumen selepas menyerahkan kad putih itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rohingya-diminta-serah-kad-putih-1.75102#sthash.rldrURMp.dpuf

Friday 27 March 2015

Pura-pura pengsan

Johor Bahru: Operasi membanteras pengemis oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bandar raya ini Sabtu lalu, membongkar kedegilan seorang ibu yang menggunakan anak lelakinya berusia empat tahun mengemis sejak setahun lalu.
Wanita pelarian Rohingya berusia 40-an itu dan anak lelakinya diselamatkan JKM dalam operasi sebelum ini dan pernah diberi amaran tidak mengemis.
Pegawai JKM Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, namun wanita berkenaan yang dalam keadaan sihat, lebih suka mengemis dengan mempergunakan anak sendiri bagi meraih simpati orang ramai daripada mencari pekerjaan.
Menurutnya, walaupun suami wanita itu menyara keluarga dengan bekerja sebagai buruh, dia lebih gemar mengemis tanpa pengetahuan suaminya.
“Kami difahamkan wanita berkenaan sudah biasa mengemis dan menjadi tabiatnya walaupun pernah dinasihatkan suaminya supaya menghentikan kegiatan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 7:29 AM


WANITA Rohingya terbaring elak ditahan.

Tuesday 24 March 2015

76 keluarga Rohingya jalani kehidupan sukar

Anggota polis Myanmar memeriksa penduduk Rohingya di Kampung Nagpura,
Anggota polis Myanmar memeriksa penduduk Rohingya di Kampung Nagpura, Maungdaw pada Khamis lalu. AGENSI
RATHEDAUNG 23 Mac – Beratus-ratus penduduk minoriti Rohingya di Kampung Yung Pin Gyi (Muzai) dalam kawasan perbandaran Rathedaung di negeri Rakhine, Myanmar dilapor menjalani kehidupan sukar dengan masa depan mereka terumbang ambing, selepas mereka diarah berpindah dari penempatan sementara mereka sekarang.
Portal burmatimes melaporkan, sebanyak 76 buah keluarga Rohingya dari kampung itu kehilangan tempat tinggal ketika berlaku keganasan di negeri Rakhine pada 25 Oktober 2012, selepas rumah mereka dibakar selain harta mereka dirampas dan dimusnahkan.
Daripada jumlah itu, 56 buah keluarga ditempatkan di kem pelarian di kampung itu dan 20 keluarga lagi tidak mendapat pengiktirafan oleh pihak berkuasa.
Terdapat sebanyak 1,772 penduduk di Kampung Yung Pin Gyi, yang merupakan satu daripada 24 buah kampung etnik Rohingya di Rathedaung.
Keadaan itu menyebabkan 20 keluarga terbabit mengalami kesukaran untuk menerima bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan terpaksa membina penempatan sementara berhampiran kem pelarian itu demi kelangsungan hidup.
Rabu lalu, Pegawai Pentadbiran Perbandaran Rathedaung, U Maung Maung meminta mereka kembali ke tanah asal mereka, lokasi kediaman mereka yang dibakar dengan mendakwa kawasan kem itu akan dirobohkan.
``Rumah kami telah menjadi abu dan kami tidak mempunyai wang untuk membina semula rumah. Bagaimana kami dapat kembali dan mendirikan semula rumah di situ,’’ kata penduduk semasa dipanggil bermesyuarat oleh U Maung-Maung.
U Maung-Maung berkata, penduduk akan diberikan pampasan, kecuali 20 keluarga yang tidak mendapat pengiktirafan pihak berkuasa Myanmar, dan mendakwa beliau tidak dapat membincangkan tentang nasib 20 keluarga terbabit.
Keadaan itu, sekali gus menjadikan kehidupan 20 keluarga terbabit terus terhimpit dengan masa depan mereka terus terumbang ambing.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/76-keluarga-rohingya-jalani-kehidupan-sukar-1.72901#sthash.6mX3zloo.dpuf

Friday 20 March 2015

Wartawan dijel kerana fitnah


Yangon: Dua wartawan dipenjara dua bulan oleh mahkamah di Myanmar atas tuduhan fitnah.
Ketua pengarang Myanmar Post, Than Htaik Thu dan wartawan Hsan Moe Tun didakwa pada Februari 2014 selepas akhbar mingguan mereka memetik kenyataan seorang pegawai tentera Mejar Thein Zaw mengatakan rakannya di parlimen berpendidikan rendah.
Bagaimanapun, Thein menafikan mengeluarkan kenyataan itu dan memfailkan tuduhan fitnah ke atas dua wartawan itu.
Pengarang jurnal, Zin Thaw Naing berkata: “Keputusan itu satu ancaman kepada kebebasan media. Sistem kehakiman Myanmar tidak bebas dan di bawah tekanan pentadbiran.” - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38146#sthash.FC87XgNH.dpuf

Tuesday 17 March 2015

Myanmar cuba kendur ketegangan


Myanmar cuba kendur ketegangan
Tentera Myanmar membuat rondaan di wilayah bergolak Laukkai.
YANGON - MYANMAR . Myanmar menyatakan kekesalan selepas sebuah pesawat perangnya didakwa menggugurkan sebutir bom di wilayah Yunnan dan membunuh lima warga China, minggu lalu.

"Kami amat kesal dengan kematian lima warga China yang tinggal di kawasan sempadan," kata kerajaan Myanmar dalam satu kenyataan yang disiarkan akhbar Global New Light of Myanmar, semalam.

Kenyataan itu turut menyebut, kedua-dua negara sedang bekerjasama bagi menyiasat punca kejadian yang mengeruhkan hubungan Beijing-Naypyidaw itu.

Minggu lalu, China memberi amaran akan mengambil tindakan tegas jika terdapat serangan berulang dari pasukan keselamatan Myanmar ke dalam wilayahnya.

Kenyataan itu dibuat selepas bom yang dilepaskan pesawat Myanmar jatuh ke wilayah China dan membunuh lima rakyat negara itu.

Bagaimanapun, Myanmar menafikan insiden bom berkenaan dan memberitahu pemberontak mungkin melepaskan tembakan ke arah China untuk mewujudkan salah faham.

China dan Myanmar berkongsi sempadan sejauh 2,000 kilometer dengan sebahagian besar adalah kawasan pedalaman yang sukar diakses. - Channel News Asia

Tiga mayat rakyat Myanmar atas kubur


KUALA LUMPUR 16 Mac – Ditetak tanpa belas kasihan. Begitu nasib tiga pemuda warga Myanmar yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki tetapi hayat mereka berakhir di sebuah tanah perkuburan Kristian di Jalan Kuari, Cheras apabila dibunuh dengan kejam.
Antara mayat warganegara Myanmar ditemui mati dengan kesan tetakan di tanah perkuburan Kristian, Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.
Tiga individu itu ditemukan dengan pelbagai kesan tetakan di seluruh badan setelah dipercayai diserang oleh sekumpulan lelaki, tengah malam tadi.
Mayat kesemua mereka yang masih belum dapat disahkan identitinya itu ditemukan oleh pekerja tanah perkuburan terbabit yang kemudiannya menghubungi polis.
Polis yang datang ke lokasi penemuan itu mendapati mayat berkedudukan 30 meter antara satu sama lain dan kesemuanya lengkap berpakaian tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Mayat pertama dikesan hampir putus di bahagian tengkuk serta jari kiri manakala mayat kedua pula luka di bahagian kepala dan muka selain jari kanan yang hampir putus.
Mayat ketiga pula dikesan mempunyai luka di muka dan belakang kepala dengan pergelangan tangan kiri yang hampir putus serta putus jari telunjuk kiri.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Se­nior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya mendapat maklumat itu pada 1.30 petang daripada pengurusan perkuburan.
“Berdasarkan siasatan daripada orang awam, kita mendapati, sekumpulan warga asing dilihat sedang minum di kawasan berkenaan pada waktu tengah malam.
“Kita percaya mereka bergaduh selepas minum di situ dan kemudian bergelut menggunakan senjata tajam. Kita percaya mereka dibunuh di sini,” katanya di sini.
Ujar beliau, pihaknya sedang menyiasat kaitan pembunuhan itu dengan konflik agama yang se­ring terjadi dalam kalangan rakyat Myan­mar.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-mayat-rakyat-myanmar-atas-kubur-1.70402#sthash.VOqRC9Sn.dpuf

Monday 16 March 2015

Ratusan Ribu Warga Rohingya Dapat Izin Tinggal di Saudi

rohingya anak

KERAJAAN Arab Saudi memberikan izin tinggal atau iqama kepada 170 ribu pengungsi Rohingya di negara tersebut. Jutaan penduduk Rohingya lainnya juga tengah menjalani proses penerimaan iqama.
Diberitakan Saudi Gazette, Ahad (15/3/2015), pemimpin komunitas Rohingya di Arab Saudi Abu Al-Shamie Abdulmajeed mengatakan mimpi mereka jadi nyata untuk menjadi warga yang sah di negara itu. Hal ini berkat langkah kerajaan Saudi mengakui keberadaan Rohingya di negara itu.
Sementara Arab News memberitakan, sekitar 4 juta warga Rohingya di Saudi kini berhak untuk mendapatkan iqama.
Abdulmajeed mengatakan bahwa Rohingya telah lebih dari 70 tahun lalu menjadi bagian dari Arab Saudi, setelah kabur dari penganiayaan dan konflik antaretnis di Myanmar. 
PBB menyebutkan, suku Muslim Rohingya adalah suku paling teraniaya di dunia. Myanmar tidak mengakui mereka sebagai warga negara, kendati telah beberapa generasi tinggal di sana.
Dengan iqama ini, kata Abdulmajeed, berbagai permasalahan yang menimpa Rohingya di Saudi akan sirna. Kini, warga Rohingya bisa bekerja, mendapatkan layanan medis dan menempuh pendidikan di sekolah pemerintah serta hak-hak warga negara lainnya.
“Kami sekarang bisa bergerak bebas dan bergabung dengan sistem pendidikan umum, tidak lagi belajar di sekolah sumbangan swasta,” kata Abdulmajeed.
Sejak tahun 1968 pemerintah Saudi mendukung kaum Rohingya, ditandai dengan penerimaan imigran pertama dari Myanmar oleh Raja Abdul Aziz. Izin tinggal tetap dikeluarkan untuk Rohingya di Saudi tahun 1980 pada pemerintahan Raja Saud.
Saudi memasukkan Rohingya sebagai pendatang yang dilindungi. Artinya mereka kebal beberapa hukum dari peraturan kependudukan dan tidak ada yang boleh menyakitinya.
Mayoritas Rohingya tinggal di Mekkah, kebanyakan bekerja di sektor konstruksi atau mengajarkan hafalan al-Quran.
Abdulmajeed, seperti warga Rohingya lainnya, sudah mengubur harapan untuk kembali ke tanah kelahiran mereka di Myanmar. Menurut dia, impiannya untuk pulang sirna karena penganiayaan terhadap mereka masih terjadi di negara itu.
“Mimpi kembali ke Myanmar telah sirna dari hati komunitas Rohingya karena ketiadaan paspor, terutama karena duta besar Pakistan dan Bangladesh menolak memberikannya. Ketakutan akan pengadilan dan penyiksaan terhadap Muslim juga membuat mimpi ini mustahil diwujudkan saat ini,” kata Majeed seperti dikutip CNN. [rn/Islampos]

Kata dua China kepada Myanmar


Beijing: Tentera China mengancam tindakan tegas sekiranya serangan oleh tentera Myanmar terhadap wilayahnya berulang.
Seorang pegawai kanan tentera memberi amaran itu selepas sebuah pesawat Myanmar mengebom wilayah China di sempadan kedua-dua negara kelmarin, menyebabkan empat orang terbunuh.
Myanmar kini terbabit dalam pertempuran dengan pemberontak di wilayahnya yang bersempadan dengan China.
Sejurus selepas kejadian kelmarin, tentera China mengerahkan beberapa pesawat untuk meronda kawasan sempadan dan meningkatkan perlindungan ruang udaranya.
Beijing turut memanggil duta Myanmar untuk membantah kejadian itu.
Yangon bagaimanapun menafikan tenteranya mengebom wilayah China dan mendakwa pemberontak sengaja mengebom wilayah itu untuk mencetuskan kemarahan China.
Tetapi, pemberontak berkenaan tidak mempunyai pesawat.
Timbalan Ketua Suruhanjaya Tentera Pusat, Fan Changlong berkata, pesawat Myanmar berulang kali menceroboh ruang udara China.
“Pesawat Myanmar perlu mengaku keadaan yang semakin serius di sempadan, memohon maaf dan membayar pampasan kepada keluarga penduduk yang terbunuh.
“Jika tidak, kami akan mengambil tindakan tegas bagi melindungi nyawa, harta benda dan keselamatan rakyat kami,” kata Fan. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37239#sthash.FuWDjlhM.dpuf

Sunday 15 March 2015

Syed Hamid di AS raih sokongan isu Rohingya


Tan Sri Syed Hamid Albar
KUALA LUMPUR: Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar kini berada di Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu pihak tertentu dalam usaha mendapatkan sokongan untuk inisiatif OIC menyelesaikan isu Rohingya.
Selain bertemu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon, Syed Hamid yang juga bekas Menteri Luar Malaysia turut dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan Penasihat Khas PBB mengenai Myanmar, Vijay Nambiar dan wakil daripada Nonviolent Peaceforce, kata OIC dalam satu kenyataan.
Syed Hamid juga akan bertemu Prof Mohammed Abu-Nimer, Penasihat Kanan Pusat Antarabangsa Raja Abdullah Abdulaziz untuk Dialog Antara Budaya dan Antara Agama, di pejabat OIC, New York untuk membincangkan dialog penganut Islam dan Buddha yang akan dihoskan oleh Syed Hamid di sini, April ini.
Syed Hamid bersama Wakil Tetap OIC ke PBB Ufuk Gokcen juga akan mengadakan mesyuarat dengan Anggota Kongress AS Chris Smith yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil mengenai Afrika, Kesihatan Global, Hak Asasi Manusia Global dan Pertubuhan Antarabangsa.
Beliau juga dijadualkan bertemu dengan pegawai-pegawai Amnesty International, wakil Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusian PBB , Ketua Pengarah Kesatuan Rohingya Arakan Dr Wakar Uddin, seorang aktivis dengan New Burma Task Force USA Adem Carroll dan Setiausaha Agung Agama Untuk Keamanan Dr William Vendley.
Pada September tahun lalu, Kumpulan Penghubung OIC mengadakan satu mesyuarat mengenai isu Rohingya di New York dan menerima pelan tindakan yang disyorkan oleh Syed Hamid, yang menggesa kerajaan Myanmar mengambil tindakan ke atas pihak menyebarkan kebencian dan mencetuskan keganasan.
Pelan itu juga menggesa supaya dialog antara komuniti dan antara agama, membenarkan mereka yang diusir kembali ke rumah masing-masing, melabur di dalam pembangunan sosio-ekonomi di wilayah Rakhine dan membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada masyarakat yang terjejas oleh keganasan etnik yang meletus pada 2012.
OIC yang berpangkalan di Jeddah berkata ia akan terus menggesa kerajaan Myanmar mengekalkan kerakyatan Muslim Rohingya, yang ditarik balik menggunakan Akta Kerakyatan 1982 dan mengadakan dasar telus dan inklusif terhadap kumpulan agama dan etnik termasuk Muslim Rohingya. - BERNAMA

China ancaman tindak balas susulan serangan Myanmar

Kenyataan itu dibuat selepas bom yang dilepaskan pesawat Myanmar jatuh ke wilayah China dan membunuh empat rakyat negara itu.
Pasukan keselamatan Myanmar bertempur dengan pemberontak di sempadan China sejak bulan lalu dan China menggesa Myanmar mengendurkan keadaan.
Namun, Myanmar menafikan ada bom pasukan keselamatannya yang jatuh di wilayah China, sebaliknya menyatakan pemberontak mungkin menembak bom itu ke wilayah China untuk mencetuskan salah faham. Pemberontak tidak memiliki sebarang pesawat.
Tentera udara China sudah menghantar pesawat bagi meronda kawasan sempadan itu dan meningkatkan kawalan ruang udaranya.
China juga memanggil duta Myanmar untuk membantah insiden pengeboman itu.
China dan Myanmar berkongsi sempadan sejauh 2,000 kilometer dengan sebahagian besar adalah kawasan pedalaman yang sukar diakses. - Reuters

China tuntut penjelasan Myanmar


China tuntut penjelasan Myanmar
Tentera Myanmar membuat rondaan di bandar utama Kokang, Laukkai pada 16 Februari lalu. - Foto AFP
BEIJING - CHINA. Kerajaan China memanggil Duta Myanmar di Beijing selepas pesawat perang Myanmar menggugurkan sebutir bom di barat daya wilayah Yunnan kelmarin, menyaksikan empat warganya maut dan sembilan lagi cedera.

Agensi berita Xinhua berkata, Timbalan Menteri Luar China, Liu Zhenmin memanggil Thit Linn Ohn untuk bertemu bagi melahirkan bantahan terhadap kematian di ladang tebu di bandar Lincang itu.

Liu meminta kerajaan Myanmar melancarkan siasatan segara dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Pihak berkuasa China di Beijing juga menggesa Naypyidaw mengambil langkah-langkah berkesan untuk mencegah kejadian sama daripada berulang.

Beijing sebelum ini memberi amaran berkaitan ancaman kestabilan di sempadan selepas perbalahan etnik memuncak di wilayah Kokang, timur laut wilayah Shan, Myanmar.

Bulan lalu, Myanmar mengisytiharkan darurat di Kokang sebagai tindak balas terhadap konflik yang meletus pada 9 Februari lalu.

Kekacauan yang berlaku menyebabkan bandar utama Kokang, Laukkai lengang kerana ia menjadi pusat pertempuran termasuk jalan raya yang selama ini menjadi nadi komuniti menjalankan rutin harian bertukar menjadi medan perang.

Pertempuran antara tentera kerajaan dengan Perikatan Tentera Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) menyebabkan lebih 30,000 penduduk meninggalkan kawasan sempadan yang bergolak itu ke negara jiran China, bagi mendapatkan perlindungan sementara. - Press TV

China ancaman tindak balas susulan serangan Myanmar


BEIJING: Tentera China akan mengambil langkah "muktamad" jika berlaku lagi serangan oleh tentera Myanmar di wilayah China, tegas seorang pegawai kanan tentera.
Kenyataan itu dibuat selepas bom yang dilepaskan pesawat Myanmar jatuh ke wilayah China dan membunuh empat rakyat negara itu.
Pasukan keselamatan Myanmar bertempur dengan pemberontak di sempadan China sejak bulan lalu dan China menggesa Myanmar mengendurkan keadaan.
Namun, Myanmar menafikan ada bom pasukan keselamatannya yang jatuh di wilayah China, sebaliknya menyatakan pemberontak mungkin menembak bom itu ke wilayah China untuk mencetuskan salah faham. Pemberontak tidak memiliki sebarang pesawat.
Tentera udara China sudah menghantar pesawat bagi meronda kawasan sempadan itu dan meningkatkan kawalan ruang udaranya.
China juga memanggil duta Myanmar untuk membantah insiden pengeboman itu.
China dan Myanmar berkongsi sempadan sejauh 2,000 kilometer dengan sebahagian besar adalah kawasan pedalaman yang sukar diakses. - Reuters

Jet China kawal sempadan


Beijing
China semalam menghantar pesawat pejuang ke sempadan selepas bom yang dilepaskan jet pejuang Myanmar mengakibatkan kematian empat rakyat republik itu di Yunnan.
Bom dilepaskan jet pejuang Myanmar itu membedil ladang tebu di bandar Lincang, kelmarin menyebabkan empat pekerja maut dan sembilan lagi parah, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.
Kejadian berlaku selepas China berulang kali memberi amaran perbalahan akibat konflik etnik di wilayah Kokang, Myanmar, semakin menghampiri sempadannya.
Tentera China menghantar beberapa pesawat pejuang untuk menjejaki, memantau, memberi amaran dan menghalau jet Myanmar yang terbang terlalu dekat dengan sempadannya, kata jurucakap Shen Jinke dipetik Xinhua
Timbalan Menteri Luar China Liu Zhenmin memanggil duta Myanmar ke Beijing, Thit Linn Ohn malam Sabtu lalu untuk memprotes kematian empat warga China terbabit.
Liu turut menggesa Myanmar supaya menyiasat kes itu secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak kejadian berulang.
“Dia meminta pihak berkuasa Myanmar menjamin keselamatan dan kestabilan di kawasan sempadan dengan China,” lapor Xinhua.
Awal minggu lalu, kementerian luar China berkata sebuah rumah di Yunnan rosak akibat kejadian tembakan di sempadan di mana askar Myanmar bertempur dengan puak pemberontak.
Bulan lalu, Myanmar mengisytiharkan darurat di Kokang akibat konflik yang bermula pada 9 Februari lalu itu. Lebih 30,000 orang dipercayai melarikan diri ke Yunnan dari Myanmar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36959#sthash.PhlbCKrZ.dpuf

Empat penduduk China mati diserang jet Myanmar


Beberapa orang tentera Myanmar, berkawal di kawasan sempadan bagi mengekang pemberontakan etnik Kokang. – AGENSI
BEIJING 14 Mac – Empat orang penduduk China terkorban di barat daya wilayah Yunnan, semalam selepas terkena letupan bom yang digugurkan oleh jet pejuang Myanmar, beberapa hari selepas Beijing mengeluarkan amaran tentang situasi di sempadan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, bom berkenaan mengenai sebuah ladang tebu di bandar Lincang, mengakibatkan empat orang pekerja terkorban, manakala sembilan lagi cedera.
Kejadian itu berlaku selepas Kementerian Luar China melaporkan, banyak rumah di wilayah Yunnan dan berhampiran sempadan Myanmar diserang, di lokasi pemberontakan.
Beijing sebelum ini memberi amaran tentang ancaman yang boleh menggugat kestabilan di kawasan sempadan selepas berlaku pemberontakan etnik di wilayah Kokang, timur laut Shan.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Luar China, Liu Zhenmin semalam dilaporkan memanggil Duta Myanmar, Thit Linn Ohn bagi menyatakan rasa tidak puas hati Beijing berhubung kejadian itu.
Zhenmin menggesa Myanmar melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan cepat serta efektif bagi menghindarinya daripada berulang kembali.
“Beliau turut menggesa pihak berkuasa Myanmar mengawal keselamatan dan kestabilan sempadan di antara China dan Myanmar,” lapor agensi berita Xinhua.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/empat-penduduk-china-mati-diserang-jet-myanmar-1.69343#sthash.gNOuSHIK.dpuf

Saturday 14 March 2015

Empat maut bom gugur dari pesawat perang Myanmar


TENTERA Myanmar di bandar utama Kokang, Laukkai pada 16 Februari lalu. - Foto AFP
BEIJING: Empat orang maut di barat daya wilayah Yunnan semalam selepas sebutir bom digugurkan dari pesawat perang Myanmar, beberapa hari selepas Beijing memberi amaran terhadap keganasan di sempadan, lapor media.
Agensi berita Xinhua berkata, bom itu meletup di ladang tebu di bandar Lincang menyebabkan empat pekerja terkorban dan sembilan lagi mengalami kecederaan.
Kejadian berlaku selepas kementerian luar China berkata, sebuah rumah di Yunnan terkena peluru di seberang sempadan Myanmar di mana tentera kerajaan bertempur dengan pemberontak.
Beijing sebelum ini memberi amaran berkaitan ancaman kestabilan di sempadan selepas perbalahan etnik memuncak di wilayah Kokang, timur laut wilayah Shan, Myanmar.
Bulan lalu, Myanmar mengisytiharkan darurat di Kokang sebagai tindak balas terhadap konflik yang meletus pada 9 Februari lalu.
Kekacauan yang berlaku menyebabkan bandar utama Kokang, Laukkai lengang kerana ia menjadi pusat pertempuran termasuk jalan raya yang selama ini menjadi nadi komuniti menjalankan rutin harian bertukar menjadi medan perang.
Lebih 30,000 orang melarikan diri dari Myanmar untuk menyeberang masuk ke wilayah Yunnan.
Agensi berita itu pada pagi ini melaporkan, Timbalan Menteri Luar China, Liu Zhenmin malam tadi meminta Duta Myanmar, Thit Linn Ohn bertemu untuk melahirkan bantahan terhadap kematian di ladang tebu berkenaan. - AFP

Malaysia-Myanmar Mansuh Keperluan Visa


Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 7:47 AM

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Myanmar bersetuju pada dasarnya untuk memansuhkan keperluan visa bagi pegawai kerajaan dan pelancong perniagaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dalam mesyuarat delegasi Malaysia-Myanmar awal hari ini, kami bersetuju pada dasarnya untuk memansuhkan keperluan visa bagi pegawai kerajaan dan pelancong perniagaan," kata beliau menerusi catatan terbarunya dalam laman Twitter, Jumaat malam.

Najib dan Presiden Myanmar, U Thein Sein mengadakan rundingan hari ini bagi membincangkan perkembangan dalam kerjasama dua hala.

Thein Sein diiringi oleh isterinya, Daw Khin Khin Win tiba di sini semalam untuk lawatan negara selama dua hari ke Malaysia.

Friday 13 March 2015

Pelarian Myanmar 140,590 orang





KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) mempercepatkan proses penghantaran pulang dan penempatan ke negara ketiga seramai 140,590 orang pelarian dan pemohon suaka warga Myanmar di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) berkata, langkah itu perlu kerana warga Myanmar mencatatkan jumlah pelarian dan pemohon suaka tertinggi di negara ini sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial serta ekonomi di Malaysia.
“Kerajaan juga menggesa UNHCR untuk meneliti semula status pemegang kad pelarian sedia ada memandangkan terdapat individu yang tidak lagi menepati syarat sebagai pelarian kerana lebih merupakan migran ekonomi,” katanya dalam persidangan di Dewan Rakyat di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3UEfoBYSb 
Hakcipta terpelihara 

Thursday 12 March 2015

Myanmar lancar siasatan


Myanmar lancar siasatan
Kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan di bandar Letpadan, kira-kira 130 kilometer dari utara Yangon.
YANGON - MYANMAR. Satu siasatan dilakukan ke atas insiden keganasan melibatkan pihak berkuasa di Myanmar yang didakwa menggunakan tindakan kekerasan ke atas kumpulan penunjuk perasaan di negara itu, kelmarin.

Semalam, akhbar Global New Light of Myanmar, melaporkan siasatan tersebut bertujuan untuk memastikan sama ada pasukan keselamatan bertindak ganas ketika cuba untuk menyuraikan kumpulan pelajar terbabit yang berhimpun di pusat bandar sejak 5 Mac lalu.

"Dalam insiden menggemparkan itu, anggota polis didakwa menggunakan cota untuk memukul pelajar, sami, aktivis dan petugas media di bandar Letpadan ketika mereka cuba menghalang kumpulan protes tersebut daripada terus berarak ke Yangon.

"Kami mahu memastikan pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang. Insiden keganasan ini diharap tidak lagi berulang pada masa hadapan," menurut laporan itu.

Difahamkan, laporan lengkap siasatan tersebut akan dikemukakan kepada Presiden Thein Sein pada akhir bulan ini.

Terdahulu, parti pembangkang, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) menuntut satu siasatan dibuat ke atas insiden terbabit.

"Satu suruhanjaya siasatan perlu dibentuk dan laporannya juga perlu diumumkan kepada orang ramai secepat mungkin," kata pemimpin NLD, Aung San Suu Kyi. - AFP

Monday 9 March 2015

Pengawal sempadan Bangladesh diserang

Pengawal sempadan Bangladesh diserang
Ribuan pelarian Rohingya Myanmar melarikan diri sejak keganasan agama di negara itu tiga tahun lalu.
DHAKA - BANGLADESH. Pengawal sempadan Bangladesh dilaporkan diserang sekumpulan pendatang haram yang menyeberang dari negara jiran Myanmar, sebelum menahan 136 orang termasuk wanita dan kanak-kanak.

Menurut laporan Reuters, komander tempatan Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), Kolonel Mohammad Khalekuzzaman berkata, pendatang adalah dari masyarakat minoriti Muslim Rohingnya Myanmar yang tidak mempunyai negara.
Menurutnya, sekurang-kurangnya 300 pelarian Rohingya sedang dalam perjalanan ke kem pelarian Kutupalong berhampiran bandar Cox Bazar ketika mereka ditahan di pusat pemeriksaan BGB selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.

"Sekumpulan Rohingya bersama penduduk tempatan melepaskan tembakan dan melemparkan batu ke arah kami hingga memaksa pengawal BGB melepaskan amaran tembakan sebagai tindak balas. Seorang anggota cedera ditembak dan dibawa ke sebuah hospital di bandar itu," menurutnya.

Katanya lagi, 136 pendatang ditahan telah dihantar pulang ke Myanmar, manakala selebihnya berjaya melarikan diri dan dipercayai berlindung dengan penduduk tempatan.

Friday 6 March 2015

Hentikan ketegangan


Hentikan ketegangan
Tentera kerajaan berkawal di Laukkai, bandar utama di Kokang selepas ratusan anggota mereka terkorban dalam pertempuran terbaharu pada bulan lalu.
BEIJING - China mendesak Myanmar supaya tidak lagi meningkatkan ketegangan di sempadan selepas pertempuran tercetus antara tentera kerajaan dan  pemberontak Kokang atau Perikatan Tentera Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA), bulan lalu.

Gesaan itu dibuat selepas ribuan pelarian dari Myanmar dilaporkan merentasi sempadan melalui wilayah barat daya Yunnan.

Timbalan Menteri Luar, Liu Zhenmin menegaskan mereka sentiasa menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah Myanmar.

"Kami berharap pihak yang berkaitan dapat bertenang untuk meredakan konflik di utara Myanmar secepat mungkin, sekali gus mengekalkan kestabilan di sempadan," katanya lagi.

Sementara itu, wakil Naypyidaw turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Beijing kerana membantu mereka mengendalikan situasi tegang di utara negara terbabit selain berikrar untuk terus berhubung rapat dengan kerajaan tersebut.

Difahamkan, kepulangan pemimpin kumpulan pemberontak itu, Peng Jiasheng didakwa menjadi punca utama pertempuran terbaharu tersebut selepas gencatan senjata berakhir pada 2009. - Reuters

Tiada penyelesaian

Letpadan, Myanmar: Polis antirusuhan Myanmar semalam bertindak mengepung kumpulan pelajar yang melancarkan tunjuk perasaan di sini bagi mendesak reformasi pendidikan negara itu.
Bantahan yang masuk hari ketiga itu semakin tegang selepas kumpulan pelajar berkenaan masih enggan bersurai walaupun diarah pihak berkuasa.
Kumpulan itu berhimpun berhampiran sebuah biara di pusat bandar Letpadan walaupun dikelilingi berpuluh anggota polis.
Anggota polis membentuk rantaian manusia bagi menghalang kumpulan itu berarak menuju ke Yangon.
“Kerajaan kini menyekat kami dari setiap sudut,” kata ketua aktivis pelajar, Phyo Phyo Aung.
Ujarnya, beberapa penunjuk perasaan turut jatuh sakit terdedah dengan cuaca yang panas.
“Saya fikir mereka mahu menghalang dan menghentikan pelajar lain daripada menyertai kami,” katanya yang merujuk kepada kira-kira 50 aktivis lain yang berkhemah di dalam kawasan biara.
Ada di antara pelajar sudah memasuki hari kedua mogok lapar sebagai tanda protes terhadap undang-undang pendidikan baru.
Ketegangan mula timbul sejak Selasa lalu selepas kumpulan itu tidak menghiraukan tarikh akhir yang diberikan polis untuk mereka bersurai dan membatalkan rancangan berarak ke Yangon.
Letpadan terletak kira-kira 140 kilometer dari selatan Yangon.
Bantahan dari kumpulan pelajar berlarutan sejak beberapa bulan lalu bagi menentang undang-undang pendidikan baru yang kontroversi.
Undang-undang baru itu mengehadkan kuasa autonomi universiti dan menghalang pembentukan kesatuan pelajar.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 7:55 AM


SEORANG pelajar memegang mangkuk sami secara terbalik sebagai simbol boikot ketika menunjuk perasaan di Letpadan, utara Myanmar, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34750#sthash.WC0gXv1l.dpuf