Tuesday 8 September 2015

India mahu usir Rohingya


India mahu usir Rohingya

7 SEPTEMBER 2015
India mahu usir Rohingya Ratusan etnik Rohingya terpaksa bergelut untuk meneruskan hidup di kem penempatan sementara di pinggir New Delhi.

NEW DELHI - INDIA . Pelarian Rohingya yang diletakkan di bawah program penempatan semula di India kini berdepan ancaman pengusiran secara paksa dari kem mereka.

Media tempatan melaporkan, ratusan etnik Rohingya terpaksa bergelut untuk meneruskan hidup dalam keadaan yang sukar di kem penempatan sementara di pinggir New Delhi.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Inisiatif Hak Pelarian di Human Rights Law Network (HRLN), Saud Tahir memberitahu mereka akan menggunakan sistem perundangan selain mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi hak golongan tersebut.

"Kami akan melakukan apa yang termampu untuk memberi perlindungan kepada pelarian Rohingya," tegasnya.

Menurut data terkini dikeluarkan UNHCR mendapati kira-kira 9,000 etnik Rohingya telah berdaftar di New Delhi manakala ribuan lagi mendapatkan perlindungan di seluruh negara tersebut.

Bagaimanapun, kumpulan pelarian tersebut tidak diberikan akses bekalan air bersih, elektrik dan tandas secara sepenuhnya yang mana kebanyakan daripada mereka terpaksa bergantung kepada bantuan dan sumbangan orang ramai. - Press TV

No comments:

Post a Comment