Friday 6 March 2015

Tiada penyelesaian

Letpadan, Myanmar: Polis antirusuhan Myanmar semalam bertindak mengepung kumpulan pelajar yang melancarkan tunjuk perasaan di sini bagi mendesak reformasi pendidikan negara itu.
Bantahan yang masuk hari ketiga itu semakin tegang selepas kumpulan pelajar berkenaan masih enggan bersurai walaupun diarah pihak berkuasa.
Kumpulan itu berhimpun berhampiran sebuah biara di pusat bandar Letpadan walaupun dikelilingi berpuluh anggota polis.
Anggota polis membentuk rantaian manusia bagi menghalang kumpulan itu berarak menuju ke Yangon.
“Kerajaan kini menyekat kami dari setiap sudut,” kata ketua aktivis pelajar, Phyo Phyo Aung.
Ujarnya, beberapa penunjuk perasaan turut jatuh sakit terdedah dengan cuaca yang panas.
“Saya fikir mereka mahu menghalang dan menghentikan pelajar lain daripada menyertai kami,” katanya yang merujuk kepada kira-kira 50 aktivis lain yang berkhemah di dalam kawasan biara.
Ada di antara pelajar sudah memasuki hari kedua mogok lapar sebagai tanda protes terhadap undang-undang pendidikan baru.
Ketegangan mula timbul sejak Selasa lalu selepas kumpulan itu tidak menghiraukan tarikh akhir yang diberikan polis untuk mereka bersurai dan membatalkan rancangan berarak ke Yangon.
Letpadan terletak kira-kira 140 kilometer dari selatan Yangon.
Bantahan dari kumpulan pelajar berlarutan sejak beberapa bulan lalu bagi menentang undang-undang pendidikan baru yang kontroversi.
Undang-undang baru itu mengehadkan kuasa autonomi universiti dan menghalang pembentukan kesatuan pelajar.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 7:55 AM


SEORANG pelajar memegang mangkuk sami secara terbalik sebagai simbol boikot ketika menunjuk perasaan di Letpadan, utara Myanmar, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34750#sthash.WC0gXv1l.dpuf

No comments:

Post a Comment