Friday 27 March 2015

Pura-pura pengsan

Johor Bahru: Operasi membanteras pengemis oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bandar raya ini Sabtu lalu, membongkar kedegilan seorang ibu yang menggunakan anak lelakinya berusia empat tahun mengemis sejak setahun lalu.
Wanita pelarian Rohingya berusia 40-an itu dan anak lelakinya diselamatkan JKM dalam operasi sebelum ini dan pernah diberi amaran tidak mengemis.
Pegawai JKM Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, namun wanita berkenaan yang dalam keadaan sihat, lebih suka mengemis dengan mempergunakan anak sendiri bagi meraih simpati orang ramai daripada mencari pekerjaan.
Menurutnya, walaupun suami wanita itu menyara keluarga dengan bekerja sebagai buruh, dia lebih gemar mengemis tanpa pengetahuan suaminya.
“Kami difahamkan wanita berkenaan sudah biasa mengemis dan menjadi tabiatnya walaupun pernah dinasihatkan suaminya supaya menghentikan kegiatan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 7:29 AM


WANITA Rohingya terbaring elak ditahan.

No comments:

Post a Comment