Monday 16 March 2015

Kata dua China kepada Myanmar


Beijing: Tentera China mengancam tindakan tegas sekiranya serangan oleh tentera Myanmar terhadap wilayahnya berulang.
Seorang pegawai kanan tentera memberi amaran itu selepas sebuah pesawat Myanmar mengebom wilayah China di sempadan kedua-dua negara kelmarin, menyebabkan empat orang terbunuh.
Myanmar kini terbabit dalam pertempuran dengan pemberontak di wilayahnya yang bersempadan dengan China.
Sejurus selepas kejadian kelmarin, tentera China mengerahkan beberapa pesawat untuk meronda kawasan sempadan dan meningkatkan perlindungan ruang udaranya.
Beijing turut memanggil duta Myanmar untuk membantah kejadian itu.
Yangon bagaimanapun menafikan tenteranya mengebom wilayah China dan mendakwa pemberontak sengaja mengebom wilayah itu untuk mencetuskan kemarahan China.
Tetapi, pemberontak berkenaan tidak mempunyai pesawat.
Timbalan Ketua Suruhanjaya Tentera Pusat, Fan Changlong berkata, pesawat Myanmar berulang kali menceroboh ruang udara China.
“Pesawat Myanmar perlu mengaku keadaan yang semakin serius di sempadan, memohon maaf dan membayar pampasan kepada keluarga penduduk yang terbunuh.
“Jika tidak, kami akan mengambil tindakan tegas bagi melindungi nyawa, harta benda dan keselamatan rakyat kami,” kata Fan. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37239#sthash.FuWDjlhM.dpuf

No comments:

Post a Comment