Agensi berita Xinhua melaporkan, bom berkenaan mengenai sebuah ladang tebu di bandar Lincang, mengakibatkan empat orang pekerja terkorban, manakala sembilan lagi cedera.
Kejadian itu berlaku selepas Kementerian Luar China melaporkan, banyak rumah di wilayah Yunnan dan berhampiran sempadan Myanmar diserang, di lokasi pemberontakan.
Beijing sebelum ini memberi amaran tentang ancaman yang boleh menggugat kestabilan di kawasan sempadan selepas berlaku pemberontakan etnik di wilayah Kokang, timur laut Shan.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Luar China, Liu Zhenmin semalam dilaporkan memanggil Duta Myanmar, Thit Linn Ohn bagi menyatakan rasa tidak puas hati Beijing berhubung kejadian itu.
Zhenmin menggesa Myanmar melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan cepat serta efektif bagi menghindarinya daripada berulang kembali.
“Beliau turut menggesa pihak berkuasa Myanmar mengawal keselamatan dan kestabilan sempadan di antara China dan Myanmar,” lapor agensi berita Xinhua.