Tuesday 13 January 2015

Wanita Rohingya mati ketika cuba diseludup


13 Januari 2015


BANGKOK - THAILAND. Seorang wanita Rohingya ditemui mati ketika cuba diseludup ke Thailand bersama kira-kira 100 yang lain, menurut pihak berkuasa, semalam.

Menurut laporan dpa, Kapten Suwit Nuansoong berkata, wanita itu adalah antara 98 penduduk Rohingya yang disumbat ke dalam lima lori trak sebelum berhenti di selatan wilayah Nakhon Sri Thammarat.

"Dia dipercayai meninggal dunia kerana keadaan di dalam kenderaan terlalu sempit. Selain itu, mereka juga tidak diberi makan selama dua hari sebelum ditahan," katanya.

Kelima-lima kenderaan terbabit disita dan dua pemandu ditahan, manakala tiga pemandu lagi berjaya melarikan diri.

No comments:

Post a Comment