Thursday 15 January 2015

Potong orang kerana dendam



Sembilan lelaki Myanmar dibawa ke Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam semalam untuk menghadapi tuduhan bunuh manakala seorang lagi rakyat negara sama didakwa tiada dokumen perjalanan.


SEBERANG PERAI – Sembilan daripada sepuluh lelaki Myanmar yang dipercayai tergamak membunuh beberapa rakan senegara sebelum memotong anggota badan mangsa-mangsa itu dituduh di tiga mahkamah bera­singan di sini semalam.
Anggota badan mangsa yang dipotong-potong sebelum dibuang di beberapa lokasi di sekitar daerah ini telah menimbulkan misteri kepada penduduk di kawasan terbabit. Semua kes itu dipercayai mempunyai kaitan dengan balas dendam yang mungkin berlarutan dari negara asal mangsa dan suspek-suspek itu.
Di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, sembilan lelaki Myan­mar dituduh secara bersama berhimpun dan membunuh Myo Aung dan seorang lagi mangsa yang tidak dikenal pasti identi­tinya.
Kesembilan tertuduh itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat No. 5775 PBA R, Kampung Manggis, Machang Bubok, Bukit Mertajam pada 23 November 2014 antara pukul 8 malam hingga 9.30 malam.
Kesemua tertuduh itu ialah Bilal Mohamad Ghulam, 28, Mohd. Rafiq, 28, Habibullah, 20, Mohd. Rafi, 27, Yasin, 23, Husin, 44, Soe Maung Maung, 27, Ali, 33, dan Hafiz Ahmad@Abas, 28.
Pertuduhan terhadap mereka dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliza Md. Zain di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar.
Mohd. Rafiq, Bilal dan Hafiz bersama seorang lagi yang masih bebas turut dituduh di Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam atas kesalahan menyebabkan kematian seorang lagi mangsa, Htoo Aung pada 15 Oktober 2014.
Ketiga-tiga tertuduh itu didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.45 tengah malam di hadapan kedai No. 8, Lorong Impian Ria 3, Taman Impian Ria, Bukit Mertajam.
Ketiga-tiga mereka bersama dua lagi tertuduh iaitu Ali dan seorang lagi yang masih bebas turut menghadapi pertuduhan lain ke­rana menyebabkan kematian dua lagi mangsa, Kyaw Tan Hla dan Tun Yine Maung.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3OrprqpqJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment