Thursday 24 July 2014

9 ditahan berhubung keganasan


MANDALAY 23 Julai - Polis Mandalay telah menahan sembilan penduduk berhubung pembunuhan dua lelaki, seorang beragama Buddha dan seorang lagi penduduk Islam ketika kemuncak keganasan agama di sini awal bulan ini.
Burma Times melaporkan keganasan itu berlaku di Mandalay pada malam 1 Julai menyaksikan seorang lelaki Buddha, Ko Tun Tun maut pada 2 Julai ketika menjadi sukarelawan untuk satu majlis pengebumian, manakala seorang lelaki Islam, Ko Min Soe maut keesokan harinya ketika sedang berjalan ke masjid.
Bagaimanapun lima daripada mereka dibebaskan tidak lama kemudian.
Ekoran kejadian itu, kerajaan mengarahkan perintah berkurung pada 3 Julai di enam daerah diperluaskan ke Patheingyi pada keesokan harinya.
Pada malam 12 Julai lalu, polis membuat serbuan bagi menahan individu yang dipercayai terlibat dalam keganasan awal bulan ini yang turut mengakibatkan 20 orang lagi cedera. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_09/9-ditahan-berhubung-keganasan#ixzz38KnXElag
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday 22 July 2014

Fitnah dinoda cetus keganasan agama


Yangon: Keganasan agama terkini di Myanmar didapati berpunca daripada fitnah dibuat seorang wanita Buddha terhadap dua lelaki adik beradik Muslim, lapor media kelmarin.

Dua lelaki seorang Muslim dan seorang Buddha terbunuh dalam rusuhan di bandar kedua terbesar Myanmar, Mandalay, pada 1 Julai.


Ia bermula apabila media sosial menyebarkan khabar kononnya dua beradik terbabit merogol seorang wanita Buddha di kedai minum mereka. Lebih 20 orang cedera dalam keganasan yang menggegarkan Mandalay selama beberapa hari. Namun siasatan polis mendapati wanita terbabit diupah untuk membuat fitnah. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/22

Sunday 20 July 2014

Suu Kyi raih sokongan jadi Presiden


YANGON 19 Julai - Berjuta-juta rakyat Myanmar mengumpulkan tandatangan bagi menyatakan sokongan kepada pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi (gambar) sekali gus mendesak kerajaan meminda Perlembagaan yang menghalang beliau bertanding sebagai Presiden pada tahun depan.
Petisyen tersebut yang dilancarkan sejak Mei lalu, mengumpul kira-kira tiga juta tandatangan setakat awal bulan ini, sebagai usaha Suu Kyi mencabar kerajaan pimpinan Presiden Thein Sein melakukan perubahan Perlembagaan.
Mengikut Perlembagaan 2008 yang dikuatkuasakan oleh kerajaan junta, Suu Kyi dilarang bertanding sebagai Presiden kerana berkahwin dengan rakyat asing dan mempunyai anak kelahiran negara luar. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_08/Suu-Kyi-raih-sokongan-jadi-Presiden#ixzz37y0Jb6nT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday 15 July 2014

Kerajaan junta Thai hantar pulang 100,000 pelarian


BANGKOK 15 Julai - Kerajaan junta Thailand akan menghantar pulang 100,000 pelarian yang telah menduduki kem pelarian selama lebih dua dekad di sepanjang sempadan Myanmar, satu tindakan yang dilihat akan mencetuskan konflik antara dua negara berkenaan.
"Kami tidak akan mengusir mereka keluar kerana kami perlu mengesahkan status kewarganegaraan mereka yang tinggal dalam kem tersebut.
"Selepas itu, kami akan mencari jalan untuk menghantar mereka pulang. Terdapat 100,000 pelarian yang tinggal di kem tahanan itu dalam tempoh yang lama tanpa diberi kebebasan. Thailand dan Myanmar akan membantu melicinkan kepulangan mereka," kata jurucakap timbalan tentera, Veerachon Sukhontapatipak.
Bulan lalu, kerajaan tentera Thailand mengancam untuk menahan dan menghantar pulang pendatang tanpa izin yang menyebabkan seramai 200,000 warga Kemboja pulang ke negara mereka. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_02/Kerajaan-junta-Thai-hantar-pulang-100000-pelarian#ixzz37UAEXZ4C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 14 July 2014

130,000 pelarian Rohingya akan dihantar pulang

Sebahagian daripada pelarian Rohingya yang ditempatkan di pusat tahanan imigresen di wilayah Kanchanaburi, Thailand.
Sebahagian daripada pelarian Rohingya yang ditempatkan di pusat tahanan imigresen di wilayah Kanchanaburi, Thailand.
BANGKOK -THAILAND. Kerajaan Thailand dan Myanmar bersetuju untuk memudahkan perjalanan pulang kira-kira 130,000 etnik Rohingya ke tanah air mereka.

Ketua Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO), Jeneral Prayuth Chan-ocha memaklumkan isu berkaitan kumpulan pelarian tersebut telah dibincangkan bersama rakan sejawatnya, Jeneral Min Aung Hlaing di Bangkok, minggu lalu.

"Ratusan ribu pelarian Rohingya terbabit kini ditempatkan di sembilan pusat penempatan sementara di Thailand dan Myanmar. Sekatan yang dikenakan ke atas mereka telah mencetuskan pelbagai masalah secara berterusan," katanya dipetik Press TV

Menurutnya lagi, mereka akan memastikan keselamatan kesemua pelarian terbabit sepanjang proses penghantaran pulang tersebut.

Sunday 13 July 2014

Pemerintah Burma Melarang Muslim ke Masjid



RAKHINE– Saat jutaan ummat Islam di seluruh dunia bersukacita menyambut Ramadhan, Muslim Burma yang teraniaya merasa ketakutan untuk mengunjungi masjid di tengah-tengah serentetan serangan yang mereka hadapi sejak awal bulan suci.

“Saya tidak tahu seperti apa situasi keamanan masjid; Saya belum pernah ke masjid sejak 2 Juli,” seorang pria Muslim, yang meminta tidak disebutkan namanya, mengatakan kepada The Myanmar Times, Rabu, (9/7/2014).

Kekerasan meletus pekan lalu di Mandalay ketika sekitar 300 ummat Buddha termasuk 30 biksu menyerang sebuah warung teh milik Muslim di daerah itu.

Massa Buddha melemparkan batu ke properti milik Muslim, merampok beberapa toko milik Muslim, rumah, dan masjid, merusak setidaknya tiga mobil dan melukai beberapa warga dengan pisau.

Serangan yang terjadi di Mandalay telah menyebabkan dua orang tewas dan 20 luka-luka, ungkap pihak kepolisan.

Serangan terhadap masjid merupakan kekerasan sektarian terbaru di Mandalay, setelah masjid itu ditinggalkan oleh jamaahnya karena khawatir keamanan.

Beberapa penggerebekan polisi terhadap masjid telah melipatgandakan ketakutan Muslim di wilayah itu, terutama setelah polisi merebut senjata darurat yang digunakan oleh Muslim untuk membela komunitas mereka.

Kkami tidak bisa mempertahankan diri meskipun ada ancaman terhadap kehidupan kami. Sekarang kita ketakutan bahkan hanya untuk memegang sepotong batu bata,” kata salah seorang jamaah di masjid Ko Yan Taw.

Para pemimpin Muslim bersikeras bahwa komunitas mereka berhak untuk membela diri “jika perlu”.

“Kami benar-benar takut dan kami tidak berani pergi ke luar,” kata sekretaris dewan pengawas masjid Ko Yan Taw, U Khin Mg Aye.

“Kami berhak untuk melindungi anak-anak kami, tetapi polisi telah mengambil tongkat dari masjid kami. Akhirnya, kami telah memasang tiga orang untuk menjaga masjid.“

Setelah penggerebekan polisi terhadap beberapa masjid di kota Chan Aye Thar San, polisi telah menangkap sedikitnya lima orang.

Selain itu, ratusan ummat Islam, yang dulu tinggal di kompleks masjid Taw, telah melarikan diri setelah serangan ummat Buddha.

Muslim memasuki Burma secara massal untuk pertama kalinya sebagai buruh paksa dari anak benua India selama pemerintahan kolonial Inggris, yang berakhir pada tahun 1948.

Namun, meskipun sejarah panjang mereka, mereka tidak pernah sepenuhnya diintegrasikan ke dalam negara itu, dan selalu dianggap sebagai orang asing.

Kekerasan pekan lalu bukanlah yang pertama kalinya menargetkan agama minoritas di Burma.

Pada April 2013, lebih dari 40 orang tewas dan beberapa masjid dibakar di pusat Burma setelah perselisihan antara Muslim dan Buddha di Meikhtila.

(ameera/arrahmah.com) Ameera Jum’at, 14 Ramadhan 1435 H / 11 Juli 2014 20:44

(nahimunkar.com)

- See more at: http://www.nahimunkar.com/pemerintah-burma-melarang-muslim-ke-masjid/#sthash.TNNhjx45.dpuf

Bangladesh larang rakyat kahwini pelarian Rohingya


2014/07/13

Dhaka: Bangladesh melarang perkahwinan antara rakyatnya dengan pelarian Rohingya Myanmar, yang didakwa berbuat demikian untuk cuba mendapatkan taraf kewarganegaraan.

Menteri Undang-Undang, Syed Anisul Haque, berkata beliau mengarahkan pendaftar perkahwinan tidak menerima secara rasmi ikatan antara rakyat Bangladesh dan Rohingya dan juga sesama rakyat Rohingya sendiri, yang melarikan diri ke Bangladesh.

Beliau berkata, Rohingya cuba untuk menggunakan sijil perkahwinan untuk mendapatkan pasport Bangladesh dan dokumen lain kerana penduduk Rohingya yang mengahwini rakyat Bangladesh secara automatik layak mendapat taraf kewarganegaraan.

“Dengan mendaftarkan perkahwinan mereka di Bangladesh mereka cuba untuk membuktikan bahawa mereka adalah rakyat Bangladesh,” katanya.

“Kami memberitahu pendaftar perkahwinan untuk tidak menerima mana-mana perkahwinan penduduk Rohingya dan juga antara penduduk Rohingya dan warga Bangladesh di Bangladesh.”

Tindakan tegas

Jurucakap Kementerian Undang-Undang, Abdullah Al Shahin, berkata pendaftar perkahwinan memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan jika mereka melakukan mana-mana perkahwinan seperti itu.
Ada kira-kira 300,000 penduduk Rohingya tinggal di daerah pantai selatan Bangladesh yang bersempadan dengan Myanmar, kerana melarikan diri dari penganiayaan di negara itu sejak 1990-an.

Pertempuran perkauman yang tercetus dua tahun lalu di negeri barat Rakhine, Myanmar menyebabkan 140,000 orang hilang tempat tinggal, kebanyakan rakyat Rohingya yang tidak mempunyai kerakyatan.

Bangladesh hanya mengiktiraf kira-kira 28,000 pelarian di negaranya yang layak mendapatkan bantuan makanan, tempat tinggal asas dan bantuan lain yang diberikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Manakala selebih penduduk Rohingya lain di Bangladesh tinggal di kawasan setinggan yang didirikan berhampiran hutan atau pantai.

Pengawal sempadan Bangladesh sering kali menghantar pulang penduduk Rohingya yang cuba merentasi sempadan Myanmar.
AGENSI 

Islam Myanmar takut ke masjid


2014/07/13

Mandalay: Ketika jutaan umat Islam di seluruh dunia bergembira menyambut Ramadan, penduduk Islam Myanmar takut untuk mengunjungi masjid berikutan siri serangan yang dihadapi sejak awal bulan suci ini.

“Saya tidak tahu apa keadaan untuk keselamatan masjid. Saya tidak ke masjid sejak 2 Julai lalu,” kata seorang lelaki Islam yang enggan dikenali kepada The Myanmar Times, Rabu lalu.

Keganasan meletus minggu lalu di Mandalay apabila kira-kira 300 pelampau Buddha termasuk 30 sami menyerang kedai teh milik penduduk Muslim di kawasan itu berhubung dakwaan lelaki Islam merogol wanita Buddha.

Samseng membaling batu ke arah harta milik penduduk Islam, memecah masuk kedai milik Muslim, rumah dan masjid, merosakkan sekurang-kurangnya tiga kereta dan mencederakan beberapa penduduk menggunakan pisau.

Serangan di Mandalay menyebabkan dua maut dan 20 cedera.
Masjid menjadi mangsa terbaru keganasan agama di Mandalay, selepas ditinggalkan jemaah kerana bimbangkan keselamatan.

Serbuan polis ke atas masjid meningkatkan kebimbangan dalam kalangan umat Islam, terutama selepas polis merampas senjata digunakan penduduk Islam untuk mempertahankan komuniti mereka.
Tidak dapat pertahankan diri

“Kami tidak dapat mempertahankan diri walaupun nyawa diancam. Kini kami takut walaupun memegang batu,” kata salah seorang jemaah yang bersolat di masjid Ko Yan Taw.

Pemimpin Islam menegaskan komuniti mereka berhak mempertahankan diri jika perlu.

“Kami amat takut dan tidak berani keluar. Kami berhak melindungi anak kami, tetapi polis mengambil kayu daripada masjid. Berikutan itu, kami menghantar tiga orang untuk mengawal masjid,” kata Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah masjid berkenaan, U Khin Mg Aye.

Selepas menyerbu beberapa masjid di bandar Chan Aye Thar San, polis menangkap
sekurang-kurangnya lima orang.

Selain itu, beratus-ratus penduduk Islam yang pernah tinggal di pekarangan masjid Taw, melarikan diri selepas serangan Buddha.

“Semua penduduk antara 400 hingga 500 meninggalkan masjid dan pergi ke Pyin Oo Lwin dan Kyaukme. Sebahagian yang mampu pergi ke Jiegao di sempadan China-Myanmar,” kata U Khin Mg Aye.

Masjid di utara Mandalay masih kerap dikunjungi jemaah sepanjang bulan puasa.
“Ramai penganut Buddha di sini, kami tinggal bersama sejak lama dulu. Berhampiran masjid, ada kuil Naga dan kuil Hman kin. Mereka suruh saya berlindung dalam kuil jika apa-apa berlaku,” kata pegawai masjid Miba Zey di utara Mandalay, U Khin Mg Than.

Namun, keharmonian di utara dicemari kempen anti-Islam online yang dilakukan pelampau Buddha. - AGENSI 

Friday 11 July 2014

Rohingya dilarang berkahwin


DHAKA 10 Julai - Bangladesh hari ini melarang perkahwinan rasmi antara rakyatnya dengan pelarian etnik Islam Rohingya dari Myanmar yang didakwa cuba mendapatkan status kerakyatan negara ini.
Menteri Undang-Undang, Syed Anisul Haque berkata, beliau telah mengarahkan pendaftar perkahwinan supaya tidak megesahkan perkahwinan antara rakyat Bangladesh dan penduduk Rohingya serta perkahwinan antara pasangan etnik minoriti itu di negara ini.
Menurutnya, etnik Rohingya cuba mendapatkan sijil perkahwinan bagi membolehkan mereka mendapatkan pasport Bangladesh dan dokumen rasmi lain, manakala perkahwinan penduduk etnik itu dengan rakyatnya membolehkan mereka mendapatkan kerakyatan Bangladesh.
Jurucakap Kementerian Undang-Undang Bangladesh, Abdullah Al Shahin berkata, pendaftar perkahwinan telah diberi amaran tentang hukuman yang bakal dihadapi sekiranya mereka meluluskan perkahwinan penduduk Rohingya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140711/lu_08/Rohingya-dilarang-berkahwin#ixzz376l4YfBM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday 8 July 2014

rohinya tersiksa


Sempena Ramadhan Al Mubarak ini Mari kita sama2 Doakan Kesejahteraan & Kebaikan Saudara Seislam kita Khususnya di Myanmar & Amnya diserata Dunia walau dimana jua, kerana rasanya hanya inilah yang termampu kita lakukan.Jangan Sampai nanti Allah timpakan Bala Keatas kita disebabkan dari Kealpaan kita sendiri kerana langsung tidak memperdulikan Nasib Saudara SeIslam kita..Sedang dalam Islam mengatakan bahawa 'Setiap orang Islam itu Bersaudara'.

Untuk makluman Beratus-ratus pelampau Buddha mengancam membunuh penduduk Islam ketika menunggang motosikal meronda di bandar raya kedua terbesar di Myanmar, sekali gus meningkatkan prospek keganasan agama seterusnya selepas dua maut dalam ketegangan awal minggu ini.

Kira-kira 300 penganut Buddha menunggang motosikal mengelilingi Mandalay kelmarin, ramai bersenjatakan pisau, belantan dan batang buluh.

“Kami akan membunuh semua orang Islam,” sebahagiannya menjerit ketika menunggang di jalan raya selepas menghadiri majlis pengebumian lelaki Buddha yang ditikam mati malam Rabu lalu.

Seorang lelaki Islam juga maut, dipukul sehingga mati Khamis lalu dalam perjalanan menunaikan solat subuh.

 

Beratus-ratus pelampau Buddha mengancam membunuh penduduk Islam




 Beratus-ratus pelampau Buddha mengancam membunuh penduduk Islam ketika menunggang motosikal meronda di bandar raya kedua terbesar di Myanmar, sekali gus meningkatkan prospek keganasan agama seterusnya selepas dua maut dalam ketegangan awal minggu ini.

Kira-kira 300 penganut Buddha menunggang motosikal mengelilingi Mandalay kelmarin, ramai bersenjatakan pisau, belantan dan batang buluh.

“Kami akan membunuh semua orang Islam,” sebahagiannya menjerit ketika menunggang di jalan raya selepas menghadiri majlis pengebumian lelaki Buddha yang ditikam mati malam Rabu lalu.

Seorang lelaki Islam juga maut, dipukul sehingga mati Khamis lalu dalam perjalanan menunaikan solat subuh.
 —

Monday 7 July 2014

Polis tak halang rusuhan


Mandalay: Masyarakat Islam Myanmar menuduh polis yang berada di tempat kejadian tidak mengambil sebarang tindakan ketika pelampau Buddha merusuh dan membakar sebuah sekolah serta bangunan lain pada Sabtu.

Perusuh yang sesetengahnya membawa senjata bertindak ganas di Mandalay selepas pengebumian seorang penganut Buddha yang menjadi mangsa pergolakan agama di negara itu.


Sebuah sekolah dan asrama yang terletak di kawasan masyarakat Muslim di pinggir bandar berkenaan hangus.

“Lebih 70 anggota polis berada di kawasan itu pada masa kejadian namun tidak mengambil sebarang tindakan,” kata saksi kejadian, Win Naing.


Menurutnya, perusuh bersenjatakan kayu, besi paip dan gergaji.


Ketika kejadian dipercayai, tiada pelajar berada di sekolah itu.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Keganasan yang berlaku sejak beberapa hari lalu berpunca daripada tuduhan rogol.

Dua orang terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam keganasan berkenaan.
“Polis boleh menghentikan rusuhan itu namun mereka tidak berbuat demikian,” kata seorang ahli majlis dialog antara agama di bandar itu, Zaw Zaw Latt.

Polis bagaimanapun memberikan alasan mereka tidak meletakkan pasukan keselamatan tambahan di situ kerana tidak menyangka keganasan akan tercetus.

“Kami tidak menghalang perusuh itu kerana menyangka mereka mengambil bahagian dalam pengebumian yang berlangsung,” kata jurucakap polis, Ye Htut.

Sekurang-kurangnya 250 orang terbunuh dalam konflik membabitkan penganut Buddha dan Muslim yang memberi impak kepada perubahan politik Myanmar sejak beberapa tahun lalu.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/07

Perusuh Buddha bakar sekolah asrama, rosakkan masjid


MANDALAY 7 Julai - Penduduk Islam di Mandalay mendakwa pihak polis hanya mendiamkan diri apabila perusuh Buddha mengamuk dan membakar sebuah sekolah serta beberapa bangunan lain ketika perintah berkurung yang dikuatkuasakan memasuki hari kedua, semalam.
Saksi kejadian, Win Naing berkata, kejadian rusuhan itu berlaku selepas majlis pengebumian seorang lelaki berusia 36 tahun yang menjadi mangsa konflik terbaharu persengketaan agama di negara ini yang telah meragut 19 nyawa.
Naing berkata, lebih 70 anggota polis berada di kawasan rusuhan tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menghalang sebuah sekolah dan asrama pelajar Islam dibakar oleh kumpulan perusuh terbabit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140707/lu_02/Perusuh-Buddha-bakar-sekolah-asrama-rosakkan-masjid#ixzz36jCiKXTd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 6 July 2014

Orang Islam diancam bunuh

Ratusan pelampau Buddha yang menaiki motosikal dan bersenjata mengancam membunuh orang Islam di Mandalay. Foto: ReutersYANGON - MYANMAR. Ratusan pelampau Buddha dilihat sengaja mahu meningkatkan ketegangan etnik di Mandalay walaupun perintah berkurung masih dikuatkuasakan di bandar itu.

Kira-kira 300 ekstremis bersenjatakan pisau dan kayu mengancam membunuh orang Islam sehari selepas seorang penduduk dipukul hingga mati ketika dalam perjalanan ke masjid.

Rabu lalu, dua maut manakala 19 lagi cedera selepas rusuhan ganas tercetus di bandar kedua terbesar di Myanmar tersebut.

Susulan daripada itu, Presiden Myanmar, Thein Sein memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang sengaja mahu mencetuskan keganasan di negara terbabit.

"Saya menggesa semua rakyat supaya tidak melakukan provokasi jika tidak mahu dikenakan hukuman berat," tegasnya.

Pada 2012, kira-kira 240 penduduk Islam Rohingya dibunuh dan seramai 140,000 menjadi pelarian akibat insiden keganasan etnik yang didalangi pelampau Buddha di Rakhine.

Difahamkan, menurut laporan Press TV, kegagalan kerajaan Myanmar untuk mencari jalan penyelesaian bagi melindungi keselamatan etnik minoriti Islam hingga kini turut dikritik kumpulan hak asasi manusia dan masyarakat antarabangsa.

Perintah berkurung di Mandalay

Keadaan kembali terkawal selepas keganasan etnik tercetus di Mandalay sejak Selasa lalu.
Keadaan kembali terkawal selepas keganasan etnik tercetus di Mandalay sejak Selasa lalu.
YANGON - BURMA. Pihak berkuasa menguatkuasakan perintah berkurung di Mandalay, kelmarin selepas insiden keganasan etnik tercetus di bandar bersejarah tersebut, Selasa lalu.

Pegawai kanan polis, Zaw Min Oo memaklumkan tempoh perintah berkurung itu akan berkuatkuasa dari jam 9 malam hingga 5 pagi.

"Ia adalah sebagai langkah keselamatan kerana kami tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk.

"Kami juga sedang melakukan siasatan terhadap kejadian itu dan mana-mana individu yang terlibat dalam insiden itu akan dikenakan tindakan tegas," katanya.

Media tempatan melaporkan kepada AFP, dua terkorban manakala 14 lagi cedera dalam pertempuran antara pelampau Buddha dan penduduk Islam di bandar kedua terbesar di Myanmar itu.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan peluru getah selepas rusuhan tersebut bertukar ganas," jelas satu laporan.

Difahamkan, kekacauan di bandar itu tercetus selepas khabar angin yang mendakwa kononnya seorang wanita Buddha dirogol tersebar di internet.

Susulan daripada itu, lebih 100 pelampau Buddha bersenjatakan pisau dan kayu bertindak melancarkan serangan beramai-ramai serta turut merosakkan harta benda milik penduduk Islam di bandar terbabit.

2014/07/06 - 03:28:26
Foto
Penduduk berkumpul sambil melaungkan kata-kata ketika menyertai pengebumian seorang lelaki yang terbunuh, di Mandalay. - Foto AFP
Foto
Anggota polis memeriksa penunggang motosikal di Mandalay.


Kumpulan bersenjatakan pisau, belantan, batang buluh; polis dituduh hanya memerhati

MANDALAY: Beratus-ratus pelampau Buddha mengancam membunuh penduduk Islam ketika menunggang motosikal meronda di bandar raya kedua terbesar di Myanmar, sekali gus meningkatkan prospek keganasan agama seterusnya selepas dua maut dalam ketegangan awal minggu ini.

Kira-kira 300 penganut Buddha menunggang motosikal mengelilingi Mandalay kelmarin, ramai bersenjatakan pisau, belantan dan batang buluh.

“Kami akan membunuh semua orang Islam,” sebahagiannya menjerit ketika menunggang di jalan raya selepas menghadiri majlis pengebumian lelaki Buddha yang ditikam mati malam Rabu lalu.

Seorang lelaki Islam juga maut, dipukul sehingga mati Khamis lalu dalam perjalanan menunaikan solat subuh.

Penduduk Islam diancam bunuh


Polis Myanmar membuat pemeriksaan ke atas penunggang motorsikal di sebatang jalan di Mandalay, kelmarin. - AFP
MANDALAY, Myanmar 5 Julai - Beratus-ratus penganut Buddha yang menaiki motosikal sekitar Mandalay mengancam untuk membunuh penduduk Islam ketika mereka menunggang motosikal di sekitar bandar kedua terbesar negara ini, meningkatkan kemungkinan keganasan puak dan agama selepas dua orang maut dalam konflik agama pada awal minggu ini.
Portal berita Arab News melaporkan sekurang-kurangnya 300 penganut Buddha yang menunggang motosikal di sekitar Mandalay semalam membawa pisau, batang kayu dan buluh.
"Kami akan membunuh semua penganut Islam,’’ jerit mereka ketika mereka menunggang di jalan raya selepas menghadiri majlis pengebumian seorang penganut Buddha yang mati ditikam tiga hari lalu.
Seorang lelaki beragama Islam turut dipukul sampai mati awal kelmarin ketika dia dalam perjalanan ke masjid untuk solat subuh.
Konflik antara agama bermula di negara ini sejak dua tahun lalu, mengancam pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Presiden, Thein Sein.
Sekurang-kurangnya 240 orang terbunuh dan lebih 140,000 orang kehilangan tempat tinggal dalam konflik agama di negara ini sejak Jun 2012,
Kebanyakan mangsa merupakan penduduk minoriti Islam yang dianggarkan berjumlah lima peratus daripada keseluruhan penduduk Myanmar.
Dalam pada itu, seorang imam di masjid Mandalay, Ossaman berkata, lima orang penganut Islam ditangkap, semalam selepas polis memeriksa rumah mereka dan menemui pisau yang digunakan untuk majlis keagamaan.
"Polis tahu pisau itu digunakan untuk majlis keagamaan. Mereka tidak melanggar sebarang undang-undang," katanya.
Seorang pegawai polis mengesahkan penangkapan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140706/lu_06/Penduduk-Islam-diancam-bunuh#ixzz36dRAJXsc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 5 July 2014

Lima Muslim ditahan


Mandalay: Polis Myanmar berkata, lima individu ditangkap selepas keganasan agama berlaku di wilayah Mandalay yang menyebabkan dua maut - masing-masing seorang penganut Buddha dan Islam.

Seorang pegawai polis tempatan mengesahkan penangkapan berkenaan namun enggan memberikan butiran lanjut.

Sementara itu seorang imam berkata, lima tahanan itu ditangkap semalam selepas polis menggeledah rumah mereka.

“Pihak berkuasa juga merampas sejumlah pisau,” katanya.

Imam itu berkata, semua tahanan adalah Muslim.



Keganasan antara agama tercetus di Mandalay - bandar kedua terbesar di Myanmar - pada Selasa lalu selepas seorang lelaki Muslim dituduh merogol seorang wanita Buddha.

Pihak berkuasa kemudian mengenakan perintah berkurung bagi mengawal keadaan.

Kerajaan separa tentera pimpinan Presiden Thein Sein dilaporkan cuba mengekang keganasan antara agama yang setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 240 orang sejak Jun 2012.


Kebanyakan mangsa terdiri daripada Muslim Myanmar yang menjadi minoriti di negara berkenaan.


Imam itu berkata, polis sebenarnya tahu pisau berkenaan digunakan untuk upacara tertentu saja.- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Friday 4 July 2014

2 maut dalam keganasan Islam-Buddha di Mandalay


2014/07/04 - 23:55:58
Yangon: Dua penduduk terbunuh dalam keganasan membabitkan penduduk Islam-Buddha di bandar raya kedua terbesar di Myanmar, Mandalay, kata polis semalam.

Polis melepaskan tembakan peluru getah ketika kejadian malam kelmarin untuk menyuraikan perusuh yang sebilangan mereka bersenjatakan kayu dan pisau yang berarak di jalanan dan menyerang sebuah kedai kopi penduduk Islam selepas satu dakwaan merogol, kata pihak berkuasa.

Myanmar digegarkan dengan beberapa gelombang konflik perkauman sejak beberapa tahun lalu.

250 terbunuh

Sekurang-kurangnya 250 orang terbunuh dan berpuluh ribu hilang tempat tinggal sejak keganasan pada 2012 yang sebahagian besarnya mensasarkan penduduk Islam.

Kumpulan sami radikal didakwa mencetuskan ketegangan agama dengan memberikan amaran yang berbaur ancaman bahawa Buddha kini menerima ancaman daripada Islam. 

Dua korban sengketa agama



Foto
TIN Tin Kyaw (tengah) meratapi kematian suaminya yang diserang ketika mahu menunaikan solat Subuh di sebuah masjid.
Yangon: Perusuh pelampau Buddha menaiki motosikal di bandar Mandalay bertindak membaling batu ke arah masjid dan kedai dimiliki orang Islam untuk hari kedua berturut-turut pertelingkahan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya dua kematian.
Seorang mangsa dikenal pasti beragama Islam, menurut U Tin Aung, pegawai yang menguruskan pengebumian mangsa. Penduduk tempatan berkata mangsa dipercayai diserang ketika berjalan ke masjid untuk solat Subuh. 
Jurucakap polis berkata, mangsa kedua beragama Buddha namun keadaan kematiannya masih disiasat.

Pertelingkahan bermula pada malam Rabu lalu di bandar ini dipercayai kejadian keganasan paling teruk di bandar ini.


Kejadian itu turut menimbulkan kebimbangan keganasan lebih teruk berlaku di Mandalay - pusat bersejarah kebudayaan Buddha yang mempunyai masyarakat penganut Buddha serta Islam yang sebelum ini hidup aman.

Setiausaha Pusat Konvensyen Agama Belia Myanmar, Khin Maung Oo berkata, pertelingkahan bermula Selasa lalu ekoran khabar angin seorang pemilik kedai minum Islam merogol seorang wanita Buddha.

Polis tidak menafikan atau mengesahkan sama ada kejadian itu benar-benar berlaku, namun mengakui menerima maklumat bahawa kedai berkenaan akan diserang dan pemiliknya diminta menutup kedainya lebih awal dari biasa.

Ratusan anggota polis terpaksa mengawal keadaan selepas lebih 300 pelampau Buddha yang menyanyikan lagu kebangsaan berarak ke arah kedai berkenaan.

Anggota polis menembak peluru getah untuk menyuraikan orang ramai yang kemudian berpecah kepada kumpulan kecil yang terus membuat kacau selama beberapa jam.

Sebuah masjid mengalami kerosakan kecil akibat dibaling batu, malah beberapa kedai milik orang Islam turut digeledah.

Beberapa kenderaan juga dibakar.- AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

2 maut rusuhan di Myanmar


Polis Myanmar mengawal rusuhan ganas membabitkan penganut Buddha dan Islam yang mengakibatkan dua orang terbunuh di Mandalay, kelmarin. - AFP
MANDALAY 3 Julai - Dua terbunuh selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan peluru getah bagi menyuraikan rusuhan antara penganut Buddha dan penduduk Islam yang masuk hari kedua di sini semalam.
Seorang penduduk Buddha dan seorang penduduk Islam terbunuh, manakala 14 yang lain cedera, kata seorang kolonel tentera yang bertanggungjawab terhadap keselamatan di Mandalay, Aung Kyaw oo.
Polis terpaksa bertindak bagi mengawal keadaan apabila kira-kira 450 penunjuk perasaan bertindak menyerang sebuah gerai minuman milik penduduk Islam yang didakwa merogol seorang wanita penganut Buddha, sehingga tercetus rusuhan.
Seorang penduduk, Wiranthu menyiarkan pautan online di laman Facebook tentang dakwaan rogol oleh pemilik gerai minuman itu beberapa jam sebelum rusuhan berlaku.
Penunjuk perasaan turut dilapor merosakkan dan membakar beberapa kereta, selain melontar batu serta botol ke beberapa buah rumah, lapor akhbar New Light of Myanmar.
Penunjuk perasaan yang bersenjatakan kayu dan pisau itu dikatakan berarak menuju ke pusat bandar tanpa menghiraukan kehadiran pasukan keselamatan.
"Kami sedang menyiasat tentang rusuhan ini dan akan bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam serangan beramai-ramai itu," kata ketua polis Mandalay, Zaw Win Aung.
Polis turut menahan empat orang semalam dan lima orang cedera pada hari pertama rusuhan.
Dalam satu ucapan bulanan, baru-baru ini, Presiden Myanmar, Thein Sein menyeru supaya konflik keagamaan dihentikan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140704/lu_03/2-maut-rusuhan-di-Myanmar#ixzz36RgGG9DN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 3 July 2014

Amuk serang kedai


Yangon: Polis Myanmar semalam melepaskan tembakan untuk meleraikan pergaduhan antara penduduk Islam dan pelampau Buddha di bandar Mandalay.

Menurut kenyataan polis Mandalay, lebih 600 anggota polis dikerahkan selepas kira-kira 300 penganut Buddha termasuk 30 sami membaling batu ke arah kedai minum dimiliki seorang lelaki Muslim pada jam 11 malam.


“Seorang anggota polis, tiga lelaki Buddha dan seorang lelaki Muslim cedera dibaling batu. Dua daripada lelaki Buddha terbabit kini dirawat di hospital Mandalay manakala yang lain mendapat rawatan pesakit luar,” katanya.

Polis menembak peluru getah untuk mengawal mereka yang berhimpun sehingga akhirnya bersurai sekitar jam 3.15 pagi dengan bantuan sami.


Seorang saksi yang tinggal di kejiranan Muslim berhampiran berkata, sekumpulan pelampau Buddha berhimpun di depan kedai berkenaan selepas timbul khabar angin pemiliknya merogol seorang wanita Buddha.


Katanya, anggota polis berdiri di antara dua kumpulan itu dalam usaha menghalang pelampau Buddha terbabit terus menyerang.

“Malah pihak polis turut diserang dan dibaling batu,” katanya yang enggan namanya disiarkan atas sebab keselamatan.

Menurutnya, pelampau Buddha turut menggeledah kedai berhampiran dan membakar kenderaan sebelum akhirnya disuraikan, namun masih membuat bising bertujuan mengganggu penduduk kejiranan itu sehingga jam 6 pagi.

Sementara itu, polis mengesahkan laporan sudah dibuat berhubung tuduhan rogol terhadap pemilik kedai berkenaan dan membuat pengawasan di situ selepas dimaklumkan ia mungkin menjadi sasaran pihak yang tidak berpuas hati. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Lima cedera rusuhan agama tercetus di Myanmar


Sebahagian anggota polis terpaksa dikerah bagi mengawal keadaan di Mandalay apabila rusuhan agama tercetus, kelmarin. - AGENSI
YANGON 2 Julai - Sekurang-kurangnya lima orang cedera termasuk seorang anggota polis apabila rusuhan agama tercetus antara penduduk Islam dan Buddha di Mandalay, utara ibu negara Myanmar, hari ini.
Menurut kenyataan polis Mandalay, rusuhan mula tercetus sejak malam semalam apabila sekumpulan 300 penduduk Buddha bersenjatakan pisau termasuk 30 sami melontar batu ke arah sebuah kedai minum milik seorang lelaki Islam yang dituduh merogol seorang wanita tempatan.
Jelas kenyataan itu, lebih 600 anggota polis dikerah ke lokasi kejadian dan melepaskan tiga tembakan peluru getah untuk mengawal keadaan.
"Seorang anggota polis, tiga penduduk Buddha dan seorang penduduk Islam cedera akibat terkena batu dalam insiden itu.
"Keadaan kembali tenang kira-kira pukul 3.15 pagi hari ini selepas beberapa sami memujuk orang ramai supaya beredar," jelas kenyataan itu.
Satu laporan lain mendakwa, pemilik kedai tersebut merogol seorang wanita dan siasatan masih lagi dijalankan.
Sementara itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, kumpulan perusuh Buddha memusnahkan banyak kedai dan membakar kenderaan penduduk Islam sebelum polis berjaya mengawal keadaan.
"Namun, setakat pukul 6 pagi ini, beberapa penduduk Buddha masih membuat kecoh di kawasan penempatan penduduk Islam," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140703/lu_07/Lima-cedera-rusuhan-agama-tercetus-di-Myanmar#ixzz36Lqul1Hd
© Utusan Melayu (M) Bhd