Monday 30 June 2014

Rohingya ibarat tahanan di kem


SINNUYAR Baekon, 25, mengenang nasib sepasang anak kembarnya di kem pelarian Baekon, Rakhine baru-baru ini yang mengalami masalah kekurangan bekalan makanan dan minuman. - REUTERS
YANGON 29 Jun - Ketika umat Islam di seluruh dunia memulakan ibadah berpuasa, etnik Rohingya di kem-kem pelarian di barat negara ini pula diibaratkan berada di kem tahanan berikutan keadaan daif tanpa bekalan makanan dan minuman selain penularan penyakit berjangkit.
Laman web Burma Times melaporkan, keadaan itu menyebabkan ramai anggota etnik itu terutama kanak-kanak berlapar sepanjang masa dan kebanyakannya meninggal dunia.
Kem-kem pelarian di Sittwe dan Rakhine yang sepatutnya menjadi tempat selamat kepada anggota Rohingya daripada sengketa agama di negara itu, tidak ubah seperti penjara di mana pengawal bersenjata menghalang mereka keluar tanpa kebenaran.
Seorang kanak-kanak, Mohammad Johar, 2, menjadi mangsa terbaharu krisis di Rakhine apabila dia meninggal dunia akibat cirit-birit, minggu lalu.
Dia dilahirkan di sebuah daripada kem pelarian tersebut, selepas keluarganya melarikan diri dari serangan penyerang Buddha ke atas kampung mereka.
Kematian akibat cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak di Rakhine terjadi berikutan ketiadaan perkhidmatan kesihatan selain hospital terdekat terletak jauh dari kem.
Pelarian juga perlu mendapatkan kebenaran untuk keluar dari kem tersebut.
Suasana kanak-kanak tanpa seurat benang dengan keadaan perut busung juga merupakan pemandangan biasa di sebuah klinik sementara yang menyediakan rawatan terhad kepada beratus-ratus keluarga di sebuah kem pelarian.
Krisis kemanusiaan semakin buruk sejak bermulanya konflik agama dan puak di barat negara ini dua tahun lalu dengan jumlah kematian semakin meningkat.
Kekurangan makanan dan penularan penyakit akibat air yang kotor di kem pelarian itu selain pengusiran kumpulan-kumpulan bantuan dari sana, memburukkan lagi keadaan.
Menurut kumpulan hak asasi, lebih 100,000 etnik Rohingya kini berada di kem pelarian di Sittwe, dengan beribu-ribu lagi di kem lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140630/lu_03/Rohingya-ibarat-tahanan-di-kem#ixzz367FfWVpz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

  1. wahai umat islam, bagaimana kita bisa tidor lena kekenyangan sedang saudara2 kita dizalimi melebihi binatang.

    bagaimana kita bisa senyum berhibur sedang saudari2 kita dirogol seperti pelacur yg tidak ada nilai kemanusiaan.

    Ya Allah binasakan lah puak2 zalim buddha, tentera2 mereka dan pecah belahkan pemerintahan mereka yg kejam selumat2nya dan janganlah kau panjangkan zuriat mereka di mukabumi ini..... amiiiin

    ReplyDelete