Friday 13 September 2013

200 etnik Rohingya tiba di Thailand


BANGKOK 12 Sept. - Lebih 200 etnik Rohingya yang menaiki bot, tiba di selatan Thailand, dipercayai melarikan diri daripada konflik agama di Rakhine, barat Myanmar.
Menurut pegawai Operasi Keselamatan Dalam Negeri yang enggan dikenali, kumpulan tersebut tiba di sebuah pantai terpencil di wilayah Satun, selatan negara ini, semalam.
"Kami telah memberikan mereka makanan dan minuman. Kami juga telah memperbaiki bot mereka yang rosak dipukul ombak supaya mereka boleh meneruskan perjalanan," katanya.
Walaupun destinasi sebenar etnik Rohingya itu tidak didedahkan, mereka kemungkinan besar menuju Indonesia atau Malaysia. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130913/lu_09/200-etnik-Rohingya-tiba-di-Thailand#ixzz2eiueiKyW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 9 September 2013

Pelarian Rohingya cecah 30,463


2013/09/09
Kuala Lumpur: Jumlah pelarian Rohingya di Malaysia makin meningkat dengan angka rasmi terkini mencecah sehingga 30,463 orang.

Statistik terkini Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) menunjukkan peningkatan sekali ganda dalam tempoh kurang empat tahun, berbanding 15,001 pelarian Rohingya berdaftar pada 2009. 

Friday 6 September 2013

Remaja Muslim cuba rogol wanita Buddha dipenjara


Yangon: Sebuah mahkamah di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas seorang remaja Muslim yang didakwa cuba merogol seorang wanita Buddha, kata pegawai kerajaan semalam.

Menurut pegawai itu, tindakan tertuduh menyebabkan keganasan antara agama baru-baru ini dan memaksa ratusan orang melarikan diri dari rumah masing-masing apabila 1,000 penunjuk perasaan anti-Islam menyerang sebuah perkampungan di Kanbalu, Sagaing, pada 24 Ogos lalu.


Penunjuk perasaan juga membakar kediaman penduduk Islam di situ. Keganasan bermula selepas orang ramai mengepung sebuah balai polis menuntut suspek diserahkan kepada mereka kerana didakwa cuba merogol seorang wanita berusia 25 tahun. Hakim mengarahkan San Min Oo, 18, terus dihantar ke penjara di Mandalay sebaik saja hukuman dibacakan. “Keadaan di kawasan itu kini tenang,” katanya. Kira-kira 325 orang Muslim masih berlindung di sebuah sekolah selepas rumah mereka dibakar dalam keganasan itu. - AFP