Friday 6 September 2013

Remaja Muslim cuba rogol wanita Buddha dipenjara


Yangon: Sebuah mahkamah di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas seorang remaja Muslim yang didakwa cuba merogol seorang wanita Buddha, kata pegawai kerajaan semalam.

Menurut pegawai itu, tindakan tertuduh menyebabkan keganasan antara agama baru-baru ini dan memaksa ratusan orang melarikan diri dari rumah masing-masing apabila 1,000 penunjuk perasaan anti-Islam menyerang sebuah perkampungan di Kanbalu, Sagaing, pada 24 Ogos lalu.


Penunjuk perasaan juga membakar kediaman penduduk Islam di situ. Keganasan bermula selepas orang ramai mengepung sebuah balai polis menuntut suspek diserahkan kepada mereka kerana didakwa cuba merogol seorang wanita berusia 25 tahun. Hakim mengarahkan San Min Oo, 18, terus dihantar ke penjara di Mandalay sebaik saja hukuman dibacakan. “Keadaan di kawasan itu kini tenang,” katanya. Kira-kira 325 orang Muslim masih berlindung di sebuah sekolah selepas rumah mereka dibakar dalam keganasan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment