Sunday 18 August 2013

Thailand gesa Myammar 'ambil' pelarian Rohingya

Surapong Tovichakchaikul
Surapong Tovichakchaikul


BANGKOK - Thailand hari ini menggesa Myanmar untuk membawa pulang beberapa pelarian Rohingya yang memasuki negara itu secara tidak sah sejak beberapa bulan lalu.

Menteri Luarnya, Surapong Tovichakchaikul berkata, beliau mahu rakan sejawatannya dari Myanmar, Wunna Maung Lwin itu mengambil langkah-langkah tertentu bagi menghantar pulang kira-kira 1,700 pelarian Rohingya yang melarikan diri dari berperang di negeri Rakhine.

Pelarian tersebut  berlabuh di Laut Andaman dan mendarat di pantai wilayah Selatan Thailand sejak awal tahun ini.

Thailand mengutarakan saranan tersebut selepas 261 pelarian Rohingya yang ditahan untuk dihantar pulang ke Myanmar melarikan diri dari tahanan di Pejabat Imigresen Thailand di Pang-nga

Pada masa sama, Surapong juga memberitahu beliau akan bertemu dengan wakil-wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mencadangkan bantuan agensi antarabangsa kepada Myanmar bagi menjaga penduduk Islam Rohingnya di negara itu.

Selain itu, mereka juga akan berusaha mencari negara ketiga buat penduduk Myanmar bagi membolehkan menetap di sana.

Suropang menambah Kementerian Dalam Negeri Thailand juga akan bekerjasama dengan polis dan imigresen bagi menyediakan tempat tinggal sementara untuk pelarian Rohingya.

Namun katanya, Thailand tidak mempunyai dasar untuk memberikan tempat tinggal tetap kepada pelarian Rohingya yang melarikan dari kekejaman etnik di barat Myanmar itu.

Sebaliknya mereka hanya boleh memberi tempat tinggal sementara di wilayah Thailand atas dasar kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment