Friday 2 August 2013

14 pelarian Rohingya didakwa



MEDAN -INDONESIA, Seramai 14 pelarian Rohingya dari Myanmar didakwa terlibat dengan pergaduhan di pusat tahanan Indonesia hingga menyebabkan lapan nelayan maut, 5 April lalu.

Kesemua tertuduh dibicarakan di mahkamah di Medan, wilayah Sumatera Utara dan berhadapan tuduhan melakukan serangan beramai-ramai dan penderaan yang boleh dihukum penjara 12 tahun.

Menurut pihak berkuasa kepada AP, pergaduhan itu tercetus selepas mereka berang dengan tindakan biadab kumpulan nelayan tersebut yang melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita Rohingya.

Awal bulan lalu, tiga remaja Rohingya dibebaskan selepas mahkamah mendapati bukti tidak mencukupi untuk mendakwa mereka terlibat dalam pergaduhan itu.

No comments:

Post a Comment