Friday 27 July 2012

Rohingya : Antara Berita, Cerita Dan Derita - Artikel Dan Foto

Presiden Myanmar Thein Sein pada 19Julai telah berkata, Orang Islam Rohingya perlu dihalau keluar dari negara dan dihantar ke khemah khemah pelarian kendalian PBB.

Myanmar’s President Thein Sein said on July 19 that the "only solution" to the plight of Rohingya Muslims is to send the country’s nearly one million Muslims -- which is one of the world's most persecuted minorities -- to refugee camps run by United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).  Sumber - RARC


Sedangkan dalam masa yang sama, Perdana Menteri Bangladesh, yang menempatkan kebanyakan khemah khemah pelarian itu pula telah berkata, pelarian Rohingya bukan tanggungjawab negara itu. Ujarnya, Bangladesh mempunyai lebihan populasi rakyat dan tiada tempat untuk pelarian.


Malah dari banyak laporan yang dikeluarkan, memang benar, kerajaan Bangladesh telah mengusir ramai pelarian Rohingya yang ingin menyelamatkan diri dari rusuhan kaum/agama yang berlaku di Arakan, untuk kembali ke dalam perbatasan Myanmar. Ada diantara mereka ditahan ditengah tengah sungai Naf dan diarahkan untuk berpatah balik. 





Foto yang menunjukkan pihak pengawal sempadan memintas bot bot pelarian di pertengahan Sungai Naf dan memaksa mereka untuk berpatah balik atau ditunda ke laut lepas.

Sementara itu, dalam masa yang sama, harapan pada pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi turut berkecai apabila 'ikon hak asasi' itu dikatakan enggan untuk mengkritik tindakan Thein Sein yang seolah olah menggalakkan proses penghapusan etnik.

Malah apa yang lebih mendukacitakan, Suu Kyi seolah olah meletakkan kesalahan ke atas kaum Rohingya apabila meminta mereka untuk patuh pada undang undang imigresen dan menghormati kedaulatan undang undang, persisnya kaum Rohingya adalah kaum pendatang di Myanmar. - Rujuk 

Foto Foto Rohingya

Mangsa yang tercedera ketika menyeberangi sempadan sedang dirawat di Hospital Bangladesh namun akan dihantar pulang semula ke Myanmar kerana menceroboh secara haram.






Senario yang menunjukkan beberapa rumah dan kampung dibakar oleh puak pemberontak kaum Rakhine di daerah Sittwe.

Pihak tentera yang dikatakan turut mengambil bahagian dalam peristiwa pembantaian orang Islam Rohingya

Puak Rakhine ini sedang menunggu sesiapa sahaja yang keluar dari rumah (yang dibakar) untuk dibunuh.. dalam laporan dibeberapa tempat lain mengatakan mereka mereka ini bersubahat dengan pihak berkuasa tempatan Nasaka untuk melakukan rampasan dan rompakan secara terbuka terhadap orang Islam Rohingya. Rujuk Berita - Ar Rahmah



Antara mangsa mangsa yang terbunuh sejak terjadinya cetusan rusuhan kaum/agama di Arakan

Kanak kanak/remaja turut menjadi mangsa apabila mereka ditahan oleh pihak berkuasa dimana keluarga mereka tidak akan diberitahu  di pusat/penjara mana mereka akan ditempatkan. Ramai diantara mereka yang terus hilang tanpa dapat dikesan (dipercayai dibunuh)

Penduduk Islam disana tidak diberi layanan berperikemanusiaan. Mereka diherdik, dihina, dihalau, dan diperlakukan wewenangnya. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh PBB, Rohingya merupakan puak minoriti  yang paling tertindas didunia. Rujuk Harakahdaily


Wajah wajah hampa saudara Rohingya .. kemana lagi arah yang harus mereka tuju apabila dunia atau negara negara Islam khususnya, tidak berjaya untuk menunjukkan jalan keluar yang terbaik untuk mereka. Kepada siapa lagi yang perlu mereka susunkan tangan untuk memohon bantuan ?
- See more at: http://ghaflah.blogspot.com/2012/07/rohingya-antara-berita-cerita-dan.html#sthash.qcWEW57L.dpuf

No comments:

Post a Comment